Realtime website trackingweb stats

Mula dengan berniaga sim card, lelaki berjaya jana RM4.19 billion dalam 6 tahun

Oleh ABDULLAH HAMID

Enam kali gagal dalam perniagaan. Dahulu, baki duit beliau hanya RM2.50 di dalam akaun bank. Pernah diminta keluar dari rumah sewa.

Tiada ijazah dan tidak mewarisi kekayaan keluarga. Lahir dalam keluarga sederhana, beliau berhenti belajar demi mengejar impian.

Beliau ialah Ritesh Agarwal, seorang pemuda India berusia 26 tahun yang telah menjadi billionaire hanya dalam masa enam tahun.

Pemilik jenama OYO Rooms, yang mengendalikan perniagaan hotel bajet terkenal di seluruh dunia.

Tak ramai usahawan muda yang mempunyai semangat seperti Ritesh Agarwal. Beliau jelas mengetahui apa yang beliau mahu dan berusaha untuk mencapainya.

Mula dengan berniaga sim card, lelaki berjaya jana RM4.19 billion dalam 6 tahun

Misinya jelas dan matlamatnya tetap. Beliau berhenti belajar bukan kerana membenci pendidikan, tetapi kerana memilih untuk berpindah dari universiti formal ke universiti kehidupan sebenar.

Beliau memilih jalan berbeza daripada rakan-rakan sebaya untuk mendapatkan hasil yang berbeza. Pengalaman hidup menjadi gurunya.

Dalam dunia perniagaan, banyak perkara yang tidak dapat diramalkan. Orang biasa boleh menjadi luar biasa. Banyak perkara yang tidak dijangka boleh berlaku. Tiada siapa yang boleh mendakwa cara beliau adalah yang paling berkesan atau berhasil.

Ada usahawan yang mampu menjana RM1 juta setahun, ada yang boleh menjana RM10 juta sebulan. Namun, Ritesh Agarwal berjaya mengumpul $1 bilion (RM4.19 bilion) dalam masa enam tahun. Perniagaan adalah bidang yang penuh dengan ketidakpastian. Ia bukan hanya bergantung kepada kepandaian semata-mata, tetapi juga usaha dan kebijaksanaan. Mereka yang rajin dan bersungguh-sungguh akan berjaya.

Siapa sangka, budak berusia 13 tahun bernama Ritesh Agarwal yang dulunya menjual kad SIM dan tinggal di bandar kecil yang terkenal dengan kemiskinan tanpa kelengkapan canggih, akhirnya boleh menjadi billionaire termuda selepas Kylie Jenner? Apa kekuatannya sehingga berjaya sedemikian rupa? Beliau menjawab dengan ringkas, “kerja keras”.

Kejayaan Ritesh Agarwal bermula dari idea kecil, iaitu rasa kecewa terhadap perkhidmatan hotel bajet yang kotor dan mahal di India. Beliau melihat masalah tersebut sebagai peluang untuk mencapai impiannya, bukan hanya untuk menjadi billionaire, tetapi untuk menyelesaikan masalah orang yang memerlukan penginapan bajet dengan harga murah dan kebersihan yang baik. Kini, beliau mempunyai 43,000 rangkaian hotel di seluruh dunia.

Ritesh Agarwal tahu bahawa kebersihan adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh semua orang. Kebersihan merupakan masalah utama di hotel-hotel di seluruh negara, dan beliau menawarkan penyelesaian, sekaligus menjadikannya sebagai resipi kejayaan beliau.

Untuk bergelar jutawan, selesaikan dahulu masalah orang dengan nilai RM1 juta, dan jika ingin menjadi billionaire, selesaikan masalah orang bernilai RM1 bilion. Semakin banyak kita menyelesaikan masalah orang, semakin berkembang perniagaan kita.

Dalam perniagaan, banyak perkara yang tidak disangka boleh menjadi produk laris. Kita sering memikirkan perkara besar apabila memulakan perniagaan, sedangkan tujuan utama perniagaan adalah untuk menyelesaikan masalah asas manusia. Carilah masalah orang dan selesaikannya, itulah sebenarnya perniagaan.

Menurut Ritesh Agarwal, “Nasihat saya kepada orang lain dalam situasi yang sama adalah untuk mempercayai naluri diri, bersifat terbuka untuk belajar dan berkembang, dan yang paling penting adalah mengelilingi diri dengan mereka yang sentiasa mempunyai idea atau wawasan.”

BACA: Abby Abadi tiba-tiba peluk model dalam sesi photoshoot, rupanya rindu lama tak jumpa Marissa