Realtime website trackingweb stats

Muka macam Sudirman, ramai kagum, penampilan penyanyi ini mengubat rindu rakyat Malaysia

Oleh FATIN AQILAH

Ramai sependapat iras wajah penyanyi ini seperti penyanyi legenda Allahyarham Sudirman.

Penampilan Apex Tajudin dalam satu video yang tular di TikTok dilihat mengubat rindu rakyat Malaysia.

Lantunan lagu ‘Salam Terakhir’ oleh Apex persis penyanyi Balik Kampung itu hanya suaranya agak serak.

Rata-rata meminta agar Apex merakamkan semula lagu yang ditulis oleh Habsah Hassan itu dalam versi baharu.

Kemunculan Apex atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Hafizi bin Ahmad Tadjuddin sebelum ini memang lama dinantikan peminat hiburan tempatan.

Beliau merupakan penyanyi yang lahir daripada program realiti TV Mentor Milenia 2019 dimana dinobatkan sebagai juara dalam program realiti itu.

“Awal-awal tu macam suara Sudirman tapi rasa lain.. part tarik yang last tu jelas memang signature Apex.

“Apex ni suara dia ada serak sikit masa tarik tu. Situ je senang dapat beza.

“Ingatkan betul-betul Sudirman. Mana tahu orang jumpa video lamanya.

“Orang cakap dalam dunia ni ada 9 orang yang seiras dan sama. Jadi, dah jumpa dua orang dah. Lai tujuh lagi orang seriras Sudirman,” demikian antara kata warganet.

Baca:

Anak baru keluar 3 bulan, isteri bagitahu mengandung lagi, reaksi suami buat netizen terhibur

Awas! Reaksi badan yang muncul selepas mengurut wajib anda tahu, bukan semuanya bagus

Akibat minyak sawit asli dihapuskan dalam Nutella, saintis cipta alternatif baharu, siap ada campuran serai