Realtime website trackingweb stats

Muhyiddin tidak akan letak jawatan, akan bentang usul undi percaya

Oleh ADINDA

Daripada perutusan khas Perdana Menteri sebantar tadi, PM Muhyiddin memaklumkan menerima warkah daripada YDP Agong yang maklumkan terdapat lapan Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan kepadanya.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Jemaah Menteri akan terus berfungsi buat masa ini.

“Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik COVID-19,” katanya.

Jelasnya, beliau juga akan memastikan program vaksinasi yang sedang dijalankan pada masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual.

Beliau memaklumkan perkara tersebut di dalam perutusan khas yang disiarkan sebentar tadi.

PM telah memaklumkan kepada YDP Agong bahawa beliau masih mempunyai majoriti sokongan daripada ahli-ahli parlimen dan akan dibentangkan Usul Undi percaya kepada Perdana Menteri pada sidang dewan rakyat pada September nanti.

Maka, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peletakan jawatan Perdana Menteri di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit dan beliau tidak akan meletak jawatan kerana masih mempunyai sokongan majoriti.