Realtime website trackingweb stats

Mudah & menjadi! Guna 3 bahan je boleh buat kuih semperit ‘super’ sedap

Oleh ARIF ABDULLAH

 

Makanan tradisional seperti lemang, rendang, dan ketupat selalu menjadi kegemaran setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri.

Tidak hanya itu, kuih semperit juga merupakan antara hidangan yang wajib dan sering menjadi pilihan ramai.

Di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Azlina Ina berkongsi cara mudah untuk membuat kuih semperit hanya dengan menggunakan tiga bahan sahaja.

Mudah & menjadi! Guna 3 bahan je boleh buat kuih semperit 'super' sedap

Yang paling penting, kuih semperit tidak hanya sedap, tetapi juga lembut dan cepat cair apabila dimasukkan ke dalam mulut.

Bahan-bahan:

  • 125 gram mentega tulen (jika tidak ada, boleh guna marjerin)
  • 1/4 cawan susu pekat (sekitar 7-8 sudu besar)
  • 270 gram tepung jagung (kira-kira 2 cawan dan tambahkan 1/4 cawan lagi)

Cara Penyediaan:

1. Masukkan mentega, kacau sehingga lembut, kemudian tambahkan susu pekat. Kacau sehingga semua bahan tercampur rata.

2. Selepas itu, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil uli dengan jari.

3. Uli sehingga adunan tidak melekat pada jari dengan menggunakan tepung yang disediakan. Jangan masukkan semua tepung sekali gus, tambahkan secukupnya mengikut keselesaan.

4. Masukkan adunan ke dalam acuan, boleh menggunakan acuan yang pecah 15 untuk mendapatkan bentuk yang cantik.

5. Anda juga boleh letakkan coklat chip sebagai hiasan pada semperit. Lebih menarik jika letakkan hiasan berwarna merah jambu.

6. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 25 hingga 30 minit bergantung kepada ketumpatan panas ketuhar anda.

Baca:

Dah lebih 100 tahun tak kena penyakit kronik, ini petua lelaki tua boleh dicontohi

Shalom Avitan mungkin anggota unit pembunuh ‘Kidon’ Mossad, ini 10 fakta kegilaan pengganas itu dahagakan darah

Rupanya 126 sampel makanan di bazar Ramadan KL dicemari kuman, ini 3 ‘strain’ bakteria utama bukti tidak bersih