Realtime website trackingweb stats

Mudah je cuci karpet tanpa perlu hantar dobi, rahsianya perlu guna beberapa bahan ini

Oleh ADINDA

Minggu akhir bulan Ramadan, biasanya kita sibuk dengan aktiviti mengemas dan menghias rumah untuk menyambut kedatangan tetamu sempena Hari Raya Aidilfitri.

Selain menukar langsir dan menyusun perabot, penting juga untuk mencuci karpet kerana ia sering menjadi tumpuan tetamu untuk duduk bersantai dan menjamu selera.

Di platform TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Isjue Ishak telah berkongsi cara mudah untuk mencuci karpet hanya dengan menggunakan beberapa bahan sahaja.

Mudah je cuci karpet tanpa perlu hantar dobi rahsianya perlu guna beberapa bahan ini 01

Menurut beliau, dia menggunakan sabun serbuk dan peluntur yang dicampur bersama air panas untuk membersihkan karpet di rumahnya.

Menurutnya, cara penting dalam membersihkan karpet ialah dengan menggunakan air panas, sabun serbuk, dan peluntur.

Membersihkan karpet dengan mop, biarkan ia kering di bawah kipas.

Ini berguna terutama untuk mereka yang tinggal di bandar tanpa ruang untuk menjemur karpet.

Teknik ini tidak hanya membersihkan karpet, tetapi juga memberikan bau segar kepada ruang kediaman.

@isjue.ishak Mop carpet sebulan sekali. #vlogmom #cleantox #carpetcleaning #cleancarpet #cleanhouse #clean #cleaning #cleaninghacks ♬ Gymnopedie No.1 [Piano famous song](204824) – Kamimura Mahiro

Baca:

Kejam! Rejim zionis rogol, bunuh wanita di depan anak & suami

Jasmine Suraya terpaksa jual kereta tanggung kos pengajian, ini reaksi Menteri Komunikasi

Untung berkali ganda, sikap tamak peniaga ‘mark up’ harga nasi di aplikasi Grab raih perhatian