Sambal ikan bilis kering memang menjadi hidangan kegemaran semua orang kerana ia sedap dimakan dengan pelbagai jenis makanan seperti bubur, roti lempeng, dan lain-lain.
Untuk memudahkan dan menjimatkan masa, anda boleh menggunakan air fryer seperti yang dikongsi oleh pengguna Facebook ini.
Ia memang mudah untuk dibawa semasa melancong atau digunakan sebagai bekalan.
Saya telah membuat sambal kering untuk bekalan anak saya pulang ke kolej.
Saya hanya menggunakan air fryer untuk menggoreng cili dan ikan bilis.
Mari cuba sendiri!
Bahan-bahan:
• Ikan bilis
• Cili kering (pedas/kurang pedas)
• Bawang goreng segera
• Garam
• Gula
• Penambah rasa
• Minyak
• Serbuk perasa ikan bilis
Cara-cara penyediaan:
1. Ambil 2 mangkuk cili kering, cuci dan toskan, lepas tu letak dalam air fryer selama 10 minit pada suhu 150 darjah.
2. Setelah 5 minit, goncangkan bakul dan teruskan memasak selama 5 minit lagi.
3. Lepas tu, basuh dan toskan 1 mangkuk ikan bilis. Masukkan dalam air fryer dan masak selama 15 minit pada suhu 160 darjah.
4. Selepas 10 minit, tambah masa lagi 5 minit supaya benar-benar rangup.
5. Bila semua sudah masak, giling semua bahan tersebut menggunakan pengisar kering.
6. Letak dalam mangkuk, campur gula, garam, serbuk ikan bilis, dan perasa.
7. Tuangkan minyak panas dan kacau sebati.
Senang kan?
Boleh bawa pergi melancong kerana ia kering dan tahan lama.
Memang sedap!
Baca:
Penampilan ‘glamourous’ Cik B dikelilingi 10 penjaga curi perhatian netizen
Saiz hampir sama buat ramai pening, kenyataan dapat bezakan segmen A, B, C & D proton S70
Rider mengeluh pendapatan makin teruk, ini nasihat orang ramai yang mungkin relevan untuk yang muda