Realtime website trackingweb stats

Muaz Zabir dedah umur masuk 27 tahun masih belum kahwin ini sebabnya

Oleh HADI KAMARUDIN

Pelakon Muaz Zabir mengakui dirinya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga meskipun mempunyai keinginan untuk hidup berkeluarga.

Menurut Muaz, 27, fokus utamanya kini adalah terhadap kerjaya seni, dan soal perkahwinan bukanlah keutamaan buat masa ini.

Malah, cubaan beberapa pihak untuk mendekatinya juga terpaksa ditolak demi menjaga tumpuan terhadap karier.

“Ramai yang bertanya bila saya nak berkahwin, tapi buat masa ini, usia saya dalam industri masih muda untuk fikir soal itu.

Ramai artis juga berkahwin pada usia yang lebih matang. Bukannya saya tak mahu, cuma belum tiba waktunya.

Muaz Zabir dedah umur masuk 27 tahun masih belum kahwin ini sebabnya

“Sebagai artis, sudah tentu ada yang cuba mendekati kita, walaupun niat mereka tidak jelas.

Buat masa ini, saya lebih selesa memberi fokus pada diri sendiri. Saya tak mahu terlibat dengan kontroversi yang tak perlu,” katanya kepada mStar.

Ketika ditanya sama ada dia masih ingin menikmati zaman muda, Muaz menegaskan bahawa fokusnya kini adalah untuk menjadi versi dirinya yang lebih baik.

“Saya tak sempurna, saya juga manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan.

Namun, kerjaya sebagai pelakon banyak membantu saya untuk memperbaiki diri. Saya mahu menjadi figura awam yang dihormati, bukan sekadar dikenali,” ujarnya.

BACA: Kalau berlaku tumpahan kuah di lantai, cuba satu langkah ini dulu, baru senang kerja