MoU kerajaan dan PH dimuktamadkan hari ini

Oleh ADINDA

Selepas pelbagai episod politik yang berlaku sejak pasca PRU 14, hari ini kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) setuju memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman untuk mengembalikan kestabilan politik negara bagi menangani COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara menerusi pendekatan kerjasama secara ‘dwipartisan’.

Dengan persefahaman ini, tumpuan dan keutamaan akan diberikan oleh kedua-dua pihak kepada landskap politik yang baharu melalui inisiatif-inisiatif transformasi dan pembaharuan terhadap tatakelola pentadbiran kerajaan, khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen.

Menerusi kenyataan bersama wakil kerajaan dan PH yang dikeluarkan malam tadi, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya memorandum persefahaman ini kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan penuh dan kebertanggungjawaban.

Baca Artikel Penuh