Realtime website trackingweb stats

Motor model ‘panas’ wajib guna tips ini elak kena curi, no 3 paling berkesan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Kes kecurian motosikal semakin meningkat, dan takut rasanya jika motosikal kita hilang begitu sahaja.

Lagipun, belum habis bayar motor tu.

Admin ada beberapa tips untuk elakkan motosikal dari dicuri.

Motor-model-panas-wajib-guna-tips-ini-elak-kena-curi 01

1. Sentiasa Lock Handle Motor Anda

Petua pertama yang perlu anda amalkan adalah sentiasa kunci handal motor anda sebaik sahaja anda memakir tidak kira walaupun anda meninggalkan motosikal anda sekejap.

Kemudahan keselamatan ini telah disediakan oleh setiap pengeluar motosikal sebagai langkah pertama untuk mengelakkan kecurian motosikal tersebut.

Mengunci handal dengan mengarah ke kanan akan menyukarkan lagi pencuri memasukkan kunci T ke dalam lubang kunci.

Motor-model-panas-wajib-guna-tips-ini-elak-kena-curi 02

2. Gunakan Kunci Keselamatan Tambahan

Penggunaan system keselamatan tambahan juga boleh menjadi langkah untuk mengelakkan motosikal anda jatuh secara mudah di tangan pencuri.

Contohnya, penggera motosikal, padlock, rantai atau sensor anti-kecurian.

Kebanyakkan penunggang motosikal suka menggunakan padlock, tetapi perlu dipastikan padlock anda berkualiti dan mempunyai warna yang tidak terlalu mencolok supaya pencuri tidak perasan akan keberadaannya.

Motor-model-panas-wajib-guna-tips-ini-elak-kena-curi 03

3. Mencabut Fius daripada Bateri

Selain itu anda juga boleh mematikan sistem elektrik motor.

Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan seperti memilih samada mengeluarkan sekering bateri motor atau sekering dipasang di kawasan yang mudah diakses.

Tanpa fius elektrik motor tidak akan dapat berfungsi.

Motor-model-panas-wajib-guna-tips-ini-elak-kena-curi 04

4. Pasang Alat GPS Pengesan

Satu tindakan bijak untuk menjaga keselamatan motosikal anda adalah dengan memasang alat GPS pengesan.

Dengan alat GPS ini, anda boleh dengan mudah mengetahui lokasi motosikal anda di mana sahaja.

Lebih baik lagi, hampir semua orang mempunyai telefon pintar yang boleh mengakses GPS motosikal anda.

Terdapat juga alat GPS yang boleh mematikan motosikal secara automatik jika ia bergerak keluar daripada kawasan yang telah ditetapkan.

5. Letakkan Motosikal di Tempat Selamat

Langkah terakhir adalah pastikan anda meletakkan motosikal anda di tempat yang selamat.

Sebagai contoh, pastikan anda memilih kawasan yang dilindungi oleh kamera pengawas (CCTV) atau elakkan meletakkan motosikal di kawasan yang gelap dan terpencil yang sukar dilihat oleh orang lain.

 

Baca :

Tahniah! Usaha boikot berjaya buat 3 syarikat gergasi pro Zionis alami kerugian 

“Masalah ini sudah jadi terlalu besar, saya tak mahu campur”- Shila Amzah 

Bertunang dengan adik tapi kahwin dengan abang, guru tadika ini nasihat pentingnya solat istikharah