Realtime website trackingweb stats

Misteri serpihan tulang atas bumbung, dua rangka manusia dan cebisan kain bendera Perak disiasat

Oleh SHAZLIN AZIZ

Polis sedang menyiasat misteri serpihan tulang dipercayai milik manusia di atas bumbung bangunan sebuah syarikat bersebelahan Bank CIMB di Sitiawan di Manjung.

Mulanya, Polis Daerah Manjung menerima panggilan daripada seorang wanita kira-kira pukul 10.20 pagi, 16 Oktober berhubung penemuan serpihan tulang itu.

Menurut ketuanya, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, hasil pemeriksaan di tempat kejadian telah menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti.

Turut dijumpai beberapa potongan pita lekat semula berwarna hitam, cebisan kain bercorak warna-warni dan cebisan kain bendera Perak.

Selain itu, jelasnya, polis juga menemui cebisan baju kemeja warna putih, sarung bantal warna biru, dua bungkusan plastik warna merah disyaki berisi tengkorak manusia setiap satu dan sebilah pisau berhulu plastik hitam.

Susulan itu, katanya, polis menghantar rangka manusia terbabit ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat.

“Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum mati,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Asisten Superintendan Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan.

Baca:

Terpaksa mohon cop halal Indonesia, Malaysia rupanya belum ada lagi logo halal untuk makanan haiwan

Dituduh nikah tak sah dan berzina, ini komen Sabri Yunus

‘Melancong’ di airport saja hangus RM7,000, pengalaman wanita ini tidaklah seindah drama Korea