‘Missed period’ setiap bulan? Cuba amalkan air DIY di rumah ini

Oleh NURAIMAN

Masalah haid yang datang lewat adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian kerana ia berkait rapat dengan kesihatan dalaman kita.

Selain mendapatkan nasihat daripada doktor, anda juga boleh mencuba tip-tip yang dikongsi oleh pengguna TikTok di bawah ini.

Caranya amat mudah dan bahan yang diperlukan tidaklah terlalu mahal.

Missed period setiap bulan Cuba amalkan air DIY di rumah ini

Berminat untuk tahu bagaimana untuk mengatasi masalah haid yang datang lewat?

Ikuti perkongsian lanjut di bawah ini.

LEWAT DATANG HAID? CUBA MINUM AIR HOMEMADE INI

Bahan-bahan:

– Sekeping halia berukuran 1 inci
– Dua batang kayu manis Ceylon
– 1 sudu teh halba
– 1 sudu teh biji ketumbar
– Sedikit air

Cara-cara penyediaan:

1. Tumbuk halia dengan lembut. Jangan sampai hancur.

2. Kemudian, letakkan halia yang sudah ditumbuk ke dalam periuk.

3. Campurkan kayu manis Ceylon, halba, biji ketumbar, dan sedikit air ke dalam periuk.

4. Panaskan sehingga mendidih dan kemudian tapis.

5. Untuk menambah rasa manis, boleh tambahkan sedikit madu sebelum diminum.

Anda boleh minum air ini jika mengalami masalah haid yang terlambat.

Semoga bermanfaat!

@chesuebunga Replying to @zuraini_abdullah Petua 38 | part 1 .. Kat @Cemara Spa ada buat Pakej ikhtiar Hamil.. tapi apa pun paling penting Period kena Teratur Baru senang nak bagi tarikh untuk buat Rawatan , kalau dah lama tak period boleh Cuba 4 petua dari Che sue , ni Petua pertama , nak lagi petua part 2,3,4 hangpa Komen na ..#petua #petuaoranglama #petuaorangmelayu #petuasihat #education #learnontiktok #pejuanggarisdua #ttc #ttcjourney #cny #cny2024 #tiktokguru #fyp #fypmalaysia #fypsingapore #fypindonesia #ikhtiarhamil ♬ original sound – Che Sue Bunga – CheSueBunga

Baca:

Dah lebih 100 tahun tak kena penyakit kronik, ini petua lelaki tua boleh dicontohi

Shalom Avitan mungkin anggota unit pembunuh ‘Kidon’ Mossad, ini 10 fakta kegilaan pengganas itu dahagakan darah

Rupanya 126 sampel makanan di bazar Ramadan KL dicemari kuman, ini 3 ‘strain’ bakteria utama bukti tidak bersih