Bagi anda yang suka minum susu, pasti pernah mendengar tentang satu jenis susu yang disebut kefir milk atau susu kefir.
Kefir milk adalah minuman yang dihasilkan melalui proses tradisional dengan menggunakan susu lembu atau susu kambing.
Untuk membuatnya, biji kefir dimasukkan ke dalam susu.
Biji ini bukanlah bijirin biasa, tetapi sejenis koloni bakteria yis dan asid laktik yang berbentuk seperti kembang kol.
Walaupun harganya agak mahal, rupanya kefir milk ini boleh dibuat sendiri di rumah!
Seorang pengguna Twitter @ibjela berkongsi pengalaman minum susu kefir ini setelah menggunakan untuk masa yang lama.
Susu yang sama seperyi yogurt ini sebenarnya merupakan salah satu jenis makanan ‘power’ yang masih ramai yang tidak menyedari akan khasiatnya yang tinggi!
Satu hidangan untuk 1 cawan kefir rendah lemak mengandungi:
- Protein: 9 gram
- Kalsium: 24% daripada nilai harian (DV)
- Fosforus: 20% daripada DV
- Vitamin B12: 29% daripada DV
- Riboflavin (B2): 25% daripada DV
- Magnesium: 7% daripada DV
- Vitamin D: 12% daripada DV
Dalam perut kita, terdapat probiotik atau bakteria baik yang membantu proses penghadaman dan menjaga kesihatan kita.
Kita sering mendengar tentang ini dalam iklan untuk minuman seperti Vitagen, Yakult, dan lain-lain.
Namun, minuman-minuman tersebut sebenarnya mengandungi banyak gula, yang merupakan perosak utama kesihatan usus.
Jadi, apakah yang sebenarnya baik untuk kesihatan perut?
Secara peribadi, saya cadangkan kefir jika anda memilih yoghurt sebagai minuman kesihatan.
Kefir dapat dikategorikan sebagai ‘power food’ kerana manfaatnya sangat banyak dan sesuai untuk hampir semua orang.
Cuma dari segi harganya agak tinggi, sekitar RM35 bagi setiap liter.
Anda boleh minum sebanyak 3/4 kali, sudah habis.
Mahal untuk diamalkan setiap hari.
Jadi, di sini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk mendapatkan kefir yogurt dengan harga hanya RM7 bagi setiap liter, dan pasti kefir anda adalah berkualiti terbaik.
Cara untuk melakukannya adalah dengan membuat sendiri.
Sangat mudah, anda hanya perlu memiliki ibu kefir, kemudian masukkan dalam susu dan biarkan sahaja.
- Saya letakkan kedua-dua bekas susu ini dengan kefir grain, kemudian biarkan pada suhu bilik selama kira-kira 16 jam.
- Anda boleh melihat bahawa yang sebelah kanan telah membeku dan ada air terpisah di bahagian bawah.
Yang kiri pun sama cuma yang kiri tu saya sudah goncangkan. - Selepas digoncangkan, tuangkan ke dalam mangkuk yang dilengkapi dengan penapis, supaya kefir grain dapat dipisahkan daripada yogurt dan boleh digunakan semula untuk batch seterusnya.
- Sambil-sambil tuang tu selawatlah sekali supaya bila minum nanti supaya ketenangan dirasai apabila anda minum nanti.
Dah berapa ratus kali saya guna pun saya dah lupa dah.
Bagi-bagi dekat organ pun ada. Kakak aku yang bagi dulu.
Untuk pengetahuan anda, kefir ni adalah benda hidup, dia akan membiak dan akan jadi makin banyak apabila siap.
Kefir ini akan meningkatkan kebaikan susu itu menjadi yogurt kefir yang lebih bermanfaat bagi kita berbanding susu biasa.
Setelah selesai ditapis, tuangkan ke dalam botol untuk disimpan dalam peti sejuk dan anda boleh minum setiap hari.
Selepas itu, bilaslah mangkuk yang digunakan dengan air minuman dan nikmatilah air kefir itu.
Tengoklah, ni contoh 2L kefir yoghurt yang dibuat sendiri, hanya dengan menggunakan susu segar Farm Fresh yang berharga sekitar RM15 saja.
Kalau kita beli kefir yoghurt sebanyak ini di kedai, mungkin dah kena bayar RM70. Berapa banyak duit yang telah kita jimat, kan?
Selain itu, saya sudah banyak kali membuatnya, jadi saya tahu betul cara membuatnya.
Bayangkan betapa banyaknya wang yang saya telah jimat dan sungguh berbaloi-baloi.
Tetapi, satu perkara yang perlu saya beritahu, rasa kefir ini memang agak berbeza.
Rasanya masam dan berangin sedikit, tidak seperti yoghurt biasa.
Jika harga mahal, mari kita cuba buat sendiri kefir susu ini di rumah!
Baca:
Ramai salah sangka simbol ‘rock’, rupanya ini maksud sebenar gaya tangan Tunku Azizah
Bermula dengan merokok di tandas sekolah, ini yang berlaku pada hari SPM
Heboh Siti Nordiana pakai baju pengantin, ada majlis besar Mei nanti