Realtime website trackingweb stats

Minum ini dulu sebelum naik katil pasti hilang dengkur semasa tidur

Oleh SHAZLIN AZIZ

Berdengkur adalah satu keadaan biasa yang berlaku dalam masyarakat, terutamanya di kalangan individu yang melakukan kerja-kerja yang melelahkan.

Walaupun dianggap sebagai sesuatu yang normal, ia sebenarnya boleh menunjukkan masalah kesihatan yang serius seiring bertambahnya usia seseorang.

Selain itu, bunyi dengkuran yang kuat juga boleh mengganggu tidur pasangan atau orang di sekeliling.

Jika anda menghadapi masalah ini, jangan risau kerana terdapat cara-cara semulajadi untuk mengatasinya.

Ikuti perkongsian daripada Cha Herb Store melalui petua ibu di laman TikTok.

Minum ini dulu sebelum naik katil pasti hilang dengkur semasa tidur

1. Ambil kunyi hidup sebesar ibu jari.

2. Bersih dan tumbuh sehingga hancur.

3. Masukkan hasil tumbukan tadi ke dalam cawan dan isi air panas.

4. Tutup cawan tadi dan tunggu sehingga lima minit.

5. Apabila sudah sedikit suam, minum sedikit demi sedikit.

6. Boleh juga ditambah dengan madu supaya minuman tadi lebih sedap dan sedikit manis.

BACA: Dron ‘kamikaze’ pertama buatan Malaysia bakal dikomersialkan ramai nak tahu siapa perekaanya