Lantaran terlalu stres melayan perangai suami, wanita ini sampai minta tips daripada pengguna media sosial bagaimana dia dapat ‘me time’ di hospital selama seminggu.
Tidak dikenali identitinya, wanita itu berharap sepanjang ketiadaannya di rumah, biar suaminya yang mengurus anak-anak.
Permintaan seorang isteri yang juga ibu berkenaan dilihat menggambarkan tekanan berat yang dialaminya.
Tambahan pula, wanita tersebut memberitahu tiada wang untuk lari rumah sekaligus berehat daripada keletihan melayan kerenah suami.
“Hai, boleh tak beritahu bagaimana cara nak duduk hospital seminggu? Aku penat dengan perangai suami. Mahu lari rumah, duit tiada.
“Aku mahukan ‘me time’ sendiri, biar dia rasa urus anak-anak. Mental aku rabak layan perangai suami dari anak-anak,” katanya.
Hantaran wanita itu mengundang perbincangan hangat warganet.
Rata-rata menasihatkan agar pengadu mendapatkan penilaian dan rawatan kesihatan mental daripada pakar-pakar psikiatri di hospital.
Dalam masa sama, ada juga yang serius dalam memberikan tips bagaimana cara untuk dirawat di hospital selama seminggu.
“Kakak, awak perlu jumpa pakar psikiatri. Doktor akan memberikan nasihat yang terbaik untuk anda. Jangan tahan, nanti makan diri,” nasihat seorang netizen.
“Cuba makan telur tembelang. Insya-Allah dimasukkan ke hospital selama dua hingga tiga minggu. Cubalah,” kata warganet lain yang serius berkongsi tips.
Anon tanya macam mana nak warded kat hospital seminggu? pic.twitter.com/0RotkG6Clh
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) July 22, 2023
Baca:
Lain macam kes buli di sekolah ini, tergamak paksa makan najis, pembuli memang ‘sakit’ mental
Heboh digosip dengan Syamsul, Irene akhirnya buka mulut dedah perkara sebenar
“Saya terpaksa tumpang polis” – Ezad dedah punca pulang awal selepas GV