Realtime website trackingweb stats

“Minta maaf saya tewas”- Mawar Rashid umum kembali tak bertudung

Oleh AHMAD ISMAIL

“Saya sudah cuba… Tapi gagal. Saya minta maaf.”

Pelakon terkenal, Mawar Rashid berserta foto dirinya tanpa hijab yang dimuat naik di Instagram (IG) pada awal pagi hari ini.

Dalam hantaran tersebut yang dikeluarkan pada jam 2.25 pagi, Mawar yang berusia 28 tahun mengutarakan permintaan maaf serta mengaku kegagalannya untuk terus memegang teguh pemakaian tudung.

Pelakon, Mawar Rashid, telah mengejutkan peminatnya apabila beliau memuat naik gambar dirinya tanpa tudung di platform Instagram. Apakah yang telah berlaku?

Dalam kapsyen gambar tersebut, Mawar menyampaikan permohonan maaf sambil mengakui usahanya yang tidak berjaya. Beliau juga menutup ruangan komen bagi semua hantaran di Instagramnya.

"Minta maaf saya tewas"- Mawar Rashid umum kembali tak bertudung

Di dalam Instagram Story, isteri kepada Raf Yaakob ini mengucapkan selamat tinggal kepada dunia sementara. Mawar akan kembali semula apabila keadaan mentalnya telah bersedia.

Sebelum ini, Mawar mengakui bahawa beliau telah menghadapi masalah ‘anxiety’ dan serangan panik yang serius sejak tahun 2021.

Beliau pertama kali mengalami gejala serangan panik (anxiety) semasa mengandungkan anak kedua, Raden Seri Rosabella Cinta.

Mawar, yang juga dikenali sebagai Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, membuat keputusan untuk memakai tudung pada 17 Ogos 2020 sempena Maal Hijrah.

Ketika itu, Mawar memberitahu bahawa suaminya, Raf Yaakob, sangat gembira dengan keputusannya untuk memulakan pemakaian tudung.

"Minta maaf saya tewas"- Mawar Rashid umum kembali tak bertudung

Pasangan ini berkahwin pada November 2017 dan telah dikurniakan tiga orang anak, iaitu Raden Muhammad Rafeal, Raden Seri Rosabella Cinta, dan Raden Seri Roseanna Camilya.

Mawar Rashid juga menjadi ibu tiri kepada dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil daripada perkahwinan Raf terdahulu.

Kredit: Instagram Mawar Rashid

Baca:

Bantu jayakan ‘Taufan Al Aqsa’, pemuda ini seru semua ‘datang’ dalam bentuk intelektual

Main golf tapi ‘kacau’ kedi sebaya anak, ini ‘habuan’ yang dua pegawai kanan tentera dapat

Polis China di Sukan Asia Hangzhou larang pemuda solat, sikap Muslim teruskan ibadat dipuji