Realtime website trackingweb stats

Minggu pertama persekolahan tiada sesi akademik

Oleh ARIF ABDULLAH

Tiada kelas pembelajaran pada minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula pada 10 Mac dan 11 Mac ini.

Sebaliknya, aktiviti yang menyeronokkan akan diadakan di sekolah untuk mewujudkan suasana yang ceria, sambil mendorong kepatuhan kepada nilai-nilai adab dan akhlak.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, menyatakan bahawa dalam minggu pertama ini, pihak pengurusan sekolah ingin mengundang kehadiran semua murid dan pelajar, serta memastikan mereka berasa gembira untuk datang ke sekolah.

Minggu pertama persekolahan tiada sesi akademik

“Ini tahun kedua, pendekatan baharu iaitu minggu pertama, tiada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah.

“Minggu pertama dimanfaatkan sepenuhnya dengan aktiviti menyeronokkan yang bangunkan emosi anak murid serta guru untuk laksana proses pendidikan formal nanti. Guru disaran sambut pelajar dengan ramah,” katanya ketika berucap menyampaikan amanat sempena sesi persekolahan 2024/2025 di sini hari ini.

Pada tahun pelajaran 2024/2025, sesi sekolah bagi kumpulan A, yang merangkumi sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu, akan bermula pada 10 Mac ini.

Manakala untuk kumpulan B, iaitu sekolah-sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, akan dibuka pada 11 Mac ini.

Pihak pentadbir sekolah juga diingatkan untuk menjalankan aktiviti yang sesuai pada minggu pertama sekolah, sempena bulan Ramadan.

“Namun (bulan Ramadan) bukanlah satu alasan untuk tidak laksanakan aktiviti minggu pertama bersama murid dengan ceria. Sekolah ada ruang pupuk nilai baik,” katanya.

Azman juga menggalakkan warga JPN dan PPD untuk menyertai sekolah pada minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025 sebagai tanda sokongan kepada pentadbir sekolah dan untuk memperlihatkan semangat kebersamaan.

“Kehadiran (JPN dan PPD) bukan untuk pemantauan tetapi santuni warga sekolah dalam program di laksana di sekolah…tunjukkan soladiriti sokongan tidak berbelah bahagi supaya program yang dirancang di sekolah dilakukan dengan baik,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan guru untuk menggunakan teknologi dan media pembelajaran terkini secara bijak, termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI).

“AI membantu guru rancang PdP berkualiti tinggi dan menarik minat murid sekarang. AI perlu disesuaikan oleh guru berdasarkan potensi anak didik,” katanya.

Baca:

Selepas mengaku pergi kelab malam dan dua kali ikut jantan pulang ke rumah, akhirnya Lola tampil bersuara

20 ‘checklist’ untuk beribadah dalam bulan Ramadan, ini dari Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Pasang CCTV cepat denda siapa yang buang sampah, keadaan teruk Sungai Klang tak patut dibiar