Banyak perkongsian mengenai kehidupan berjiran yang dikongsi oleh warga maya di media sosial.
Seorang individu telah menceritakan kisah tentang jirannya yang didakwa telah merosakkan kediamannya.
Menurut perkongsian di grup Tanya Peguam di Facebook, individu ini mengatakan bahawa dia tidak menetap di rumah tersebut, tetapi unit itu telah terbakar akibat tindakan jirannya.
“Jiran saya meletakkan keretanya di hadapan rumah saya. Saya tidak tinggal di rumah tersebut.
“Keretanya telah terbakar di hadapan rumah saya dan menyebabkan kerosakan teruk pada kediaman saya,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Susulan kejadian itu, lelaki ini telah meminta sebut harga daripada kontraktor untuk membaiki kerosakan yang didakwa berpunca daripada jirannya.
Memandangkan kos baik pulih yang besar, dia terpaksa meminta bayaran ganti rugi daripada jirannya. Namun, menurut pengadu, jirannya hanya bersedia membayar sebahagian daripada kos baik pulih yang ditetapkan oleh kontraktor.
Sikap tidak bertanggungjawab jirannya membuatkan pengadu berasa buntu memikirkan kos pembaikan yang berjumlah RM13,500 yang terpaksa ditanggung sendiri.
“Saya mendapat sebut harga daripada kontraktor berjumlah RM17,000 untuk kos baik pulih.
“Jiran saya hanya mahu membayar RM3,500 dan berkeras dengan tawarannya ‘ambil atau biarkan’,” katanya.
Menurutnya, pihak insurans akan melantik kontraktor untuk membaiki kerosakan dan akan menyaman jirannya untuk mendapatkan semula ganti rugi.
Hantaran ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai memberikan pandangan untuk membantu individu ini yang dianggap bernasib malang.
Rata-rata memberi cadangan supaya dia membuat laporan polis.
Difahamkan bahawa kereta yang terbakar tersebut adalah sebuah Mercedes C200 lama.
Menurut salah seorang netizen, dia mencadangkan supaya penghuni rumah tersebut mengenakan saman sivil terhadap pemilik kereta, iaitu jirannya, sekiranya tidak mahu memberikan kerjasama.
“Saman sivil lah. Alternatif lain, jika dia ada polisi insurans rumah, biasanya polisi ini akan meliputi semua kerosakan termasuk pintu gelangsar.
“Jika hanya polisi kebakaran asas, mungkin tidak meliputi kecuali ada perlindungan tambahan seperti cermin kereta. Pihak insurans akan melantik kontraktor untuk membaiki kerosakan dan mereka akan menyaman jirannya untuk mendapatkan semula ganti rugi,” komen salah seorang netizen.
BACA:Pegawai bank raih RM 2 juta dengan menyeleweng akaun pelanggan persis ‘one cent thief’