Realtime website trackingweb stats

Menu yang tak sepatutnya dipanaskan semula boleh undang kematian, no.5 tu ramai selalu buat

Oleh ADINDA

Lebihan makanan sering dianggap sayang untuk dibuang kerana ia dianggap pembaziran.

Oleh itu, ramai yang memilih untuk menyimpan makanan yang lebih dan memanaskannya semula apabila ingin dimakan.

Namun, melalui satu hantaran di Instagram oleh @jurussehatrasulullah, beberapa jenis makanan

Tidak digalakkan untuk dipanaskan semula telah dikongsi kerana boleh menimbulkan risiko kesihatan.

1) Telur

Menu yang tak sepatutnya dipanaskan semula boleh undang kematian, no.5 tu ramai selalu buat
Telur yang telah dimasak, jika dipanaskan semula, berisiko menjadi toksik dan boleh merosakkan saluran pencernaan.

2) Bayam

Sayuran bayam yang dipanaskan semula boleh menyebabkan perubahan dalam kandungan zat besi dan nitratnya, yang seterusnya menghasilkan bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

3) Lobak

Seperti bayam, lobak juga mengandungi nitrat yang apabila dipanaskan semula, boleh berubah menjadi racun yang berbahaya kepada tubuh.

4) Cendawan

Cendawan yang sudah dimasak dan dipanaskan semula berpotensi membahayakan sistem pencernaan serta meningkatkan risiko masalah jantung.

5) Ayam

Ayam adalah antara makanan yang sering dipanaskan semula, tetapi ia boleh menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan seperti kembung perut dan masalah lain jika dimakan selepas dipanaskan.

Oleh itu, lebih baik untuk berhati-hati dalam menyimpan dan memanaskan semula makanan untuk mengelakkan kesan negatif terhadap kesihatan.

BACa: Anwar Ibrahim dianugerah pingat tertinggi Peru, ini maksud El Sol Del Peru