Realtime website trackingweb stats

Menteri pengangkutan tampil beri respon insiden bertumbuk di KLIA

Oleh ARIF ABDULLAH

Kerajaan telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam insiden kekasaran di kawasan ruang reha

t Not to Land (NTL) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan bahawa individu tersebut merupakan

kakitangan syarikat pengendali kawasan berkenaan, AeroDarat Services Sdn Bhd (AeroDarat).

Menurut Loke, tindakan segera telah diambil dengan menggantung tugas kakitangan tersebut serta-merta dan memberikan surat tunjuk sebab.

Menteri pengangkutan tampil beri respon insiden bertumbuk di KLIA

“Saya telah menerima laporan bahawa kakitangan yang terlibat adalah dari AeroDarat.

Dia mendakwa wujud provokasi daripada penumpang NTL yang menyebabkan berlakunya sentuhan fizikal (tumbukan) dan penggunaan kata-kata kesat,” ujar Loke dalam sidang media di Parlimen.

Beliau menegaskan bahawa tindakan kakitangan tersebut tetap tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan kerana mereka sepatutnya kekal profesional, meskipun ada warga asing yang mungkin bersikap tidak sopan.

“Kakitangan itu telah digantung tugas dan diberikan surat tunjuk sebab sementara menunggu siasatan penuh oleh pihak pengurusan,” tambahnya.

Insiden tersebut berlaku di ruang rehat khas untuk warga asing yang tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Beberapa klip video insiden juga telah diterima, termasuk rakaman tiga saat menunjukkan seorang pegawai menumbuk muka seseorang sebelum mangsa diarahkan ke lokasi tertentu.

Dalam klip lain, pegawai yang sama kedengaran menjerit, “Ingat aku kuli, sial!” kepada warga asing di lokasi tersebut.

BACA: ‘Kuman super’ bakal melanda Malaysia jelang 2030, dijangka lebih 80k kematian