Realtime website trackingweb stats

Menteri Pendidikan dedah siapa sebenarnya dalang pemansuhan UPSR dan PT3

Oleh SHAZLIN AZIZ

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan bahawa pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada 2021 dan 2022 adalah keputusan Datuk Dr Radzi Jidin, bukan beliau.

Fadhlina menyatakan bahawa ramai ahli parlimen masih berminat dengan isu peperiksaan dan menggesa agar peperiksaan dikembalikan.

Beliau menekankan bahawa pendekatan semasa adalah memperkukuh pentaksiran dan guru-guru dalam sistem pendidikan.

Dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, Fadhlina menjelaskan bahawa

Menteri Pendidikan dedah siapa sebenarnya dalang pemansuhan UPSR dan PT3

Kementerian Pendidikan akan meneruskan dasar pendidikan semasa dengan memberi tumpuan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk pembangunan pendidikan secara holistik.

Beliau menegaskan bahawa peperiksaan tidak boleh menggantikan pembangunan pendidikan yang menyeluruh, termasuk sukan dan pembabitan dalam badan beruniform, yang penting untuk pembangunan anak-anak.

BACA: Selepas 3 bulan bercerai akhirnya Ira kazar temui penganti?