Realtime website trackingweb stats

Mengejutkan, pekerja ladang hilang ditemui di ‘tempat’ yang tak disangka

Oleh NUR KASIH

Mengejutkan apabila seorang pekerja ladang yang hilang ditemui di ‘tempat’ yang tak disangka.

Mayat Roberto Martinus, 37, ditemui dalam mulut buaya di Sungai Koyah dekat Ladang Linddale, Kinabatangan, 2 petang pada 8 Februari lalu.

Dia sebelum itu dilaporkan hilang di sungai sehari sebelum itu.

Mengejutkan, pekerja ladang hilang ditemui di 'tempat' yang tak disangka

Mayat lelaki itu hanya berjaya dilepaskan dari mulut buaya selepas anggota polis menembak reptilia berkenaan, kira-kira pukul 5.45 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Penolong Penguasa Bomba, Azlan Shah Jamalluddin, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua dimulakan sekitar pukul 9.40 pagi.

Jelasnya, pencarian dijalankan di permukaan air menggunakan bot penyelamat menelusuri sungai di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mangsa berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat di mulut buaya.

“Pasukan polis melakukan 12 das tembakan sebelum haiwan itu melepaskan mangsa dan keadaan jasadnya dalam keadaan tidak sempurna.

“Hanya kaki sebelah kiri saja yang yang ditemui,” katanya lapor Kosmo.

Tambahnyanya, tindakan pengecaman mangsa kepada ahli keluarganya yang turut hadir di lokasi kejadian dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Baca:

Guna 3 bahan dapur ini saja, papan pemotong macam beli baru

“Guna kain kotor bersihkan …” – Bekas pekerja dedah perangai pengotor segelintir pekerja hotel kemas bilik

Tak perlu lagi ke restoran mewah, senang rupanya nak buat ayam ala Kenny Rogers