Realtime website trackingweb stats

Memang wow & sedap berlemak! Resipi puding jagung kastard untuk juadah berbuka wajib cuba

Oleh NURAIMAN

Puding jagung kastard adalah salah satu hidangan pencuci mulut yang paling mudah untuk disediakan di rumah.

Resepinya hanya memerlukan empat bahan utama sahaja dan mudah untuk didapati.

Jika anda berminat untuk mencuba membuat puding jagung kastard sendiri, boleh ikut resepi yang dikongsi oleh Solehah Wahab di bawah ini.

Memang wow & sedap berlemak! Resipi puding jagung kastard untuk juadah berbuka wajib cuba

Resepi tersebut telah mendapat lebih daripada 20 ribu perkongsian!

Bahan-bahan:

• 1 tin jagung manis ala krim
• 1/2 tin susu pekat manis
• 2 1/2 tin air
• 1 tin tepung kastard

*Untuk sukatan tin, boleh gunakan tin jagung manis.

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan semua bahan dalam periuk.

2. Nyalakan api kecil dan kacau hingga rata.

3. Apabila adunan semakin pekat, tuangkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk.

4. Anda boleh sapu sedikit minyak supaya puding tidak melekat pada loyang.

Potong mengikut saiz yang anda inginkan dan sedia untuk dihidangkan.

Dijamin sedap dan pasti akan menjadi kegemaran ramai.

Selamat mencuba dan semoga berguna!

Baca:

Terlalu laju masa ‘kona’, pemandu wanita kontena muatan berat cedera lori terbabas

Elak tauke minyak sentiasa untung, pembeli perlu bijak isi minyak dalam jumlah liter, bukan RM

Guru lukis mural Sofyank di dinding sekolah, layak dilabel sebagai contoh yang baik untuk anak muda