Jarang kita dengar menu dari Sarawak tetapi apa kata kali ini cuba resepi ‘rare’ daging masak hitam Sarawak.
Masakan ini mempunyai rasa sedapnya tersendiri dan ‘dinasihatkan’ memang kena masak lebih nasi supaya betul-betul kenyang menikmatinya.
Biasanya, Daging Masak Hitam Sarawak ini dimasak ketika majlis keraian dan juga Hari Raya.
Dimasak empuk menggunakan daging tempatan ditambah pula dengan kismis dan kacang peas, cukup rasa dan sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga.
Sedap dan cukup menyelerakan!
DAGING MASAK HITAM SARAWAK
Bahan-bahan:
Rempah 4 sekawan
7 Biji Bawang Merah Shallot – Dikisar
12 Ulas Bawang Putih – Dikisar
1/2 Biji Bawang Holland – Dikisar
2 Batang Serai – Dikisar
2 Inci Halia – Dikisar
1 Sudu Makan Cili Kisar
5-6 Sudu Makan Kicap Masin
5-6 Sudu Makan Kicap Manis
Kismis Hitam
Kacang Peas
1 kg Daging Knuckle
Minyak Masak
1 Sudu Makan Minyak Ghee
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
Baca:
Dibawa ombak sejauh 16KM, jasad mangsa lemas ditemui selepas 30 jam pencarian
Penampilan ‘glamourous’ Cik B dikelilingi 10 penjaga curi perhatian netizen
Saiz hampir sama buat ramai pening, kenyataan dapat bezakan segmen A, B, C & D proton S70