Realtime website trackingweb stats

Melampau! Harga baju sekolah lebih RM700 sepasang, kain pasang belum jahit je pun

Oleh ADINDA

Melampau! Harga baju sekolah lebih RM700 sepasang, kain pasang belum jahit je pun. Sejumlah ibu bapa para pelajar sekolah di Tulungagung, Jawa Timur mengeluh kerana harga pakaian seragam anak mereka terlalu mahal sehingga mencecah 2.4 juta rupiah (RM729) sepasang.

Seorang ibu yang dikenali sebagai Nino memberitahu, pakaian seragam itu dijual di koperasi Sekolah Menengah Tulungagung.

Katanya, set pakaian seragam itu berupa kain pasang yang perlu dihantar jahit mengikut ukuran badan pelajar.

“Kami berasa terkejut apabila dimaklumkan sepasang pakaian seragam sekolah berharga 2.4 juta rupiah.

“Yuran sekolahnya murah, tapi pihak pengurusan mahu kaut untung menerusi pakaian seragam.

“Pada kami, harga itu terlalu mahal dan sebenarnya tidak mampu dibeli, harap pihak sekolah boleh memberi penjelasan,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap sekolah tersebut, Agung Cahyadi berkata, pihak sekolah tidak mewajibkan para pelajar memberi pakaian seragam itu.

Jelasnya, ibu bapa masih boleh membeli kain di luar yang mungkin warnanya sedikit berbeza, namun masih boleh dipakai.

“Kita tidak wajibkan pelajar beli set pakaian seragam itu dan ibu bapa masih boleh kain yang warnanya serupa di luar, yang lebih murah,” ujarnya.

Sementara itu, Koordinator Nasional Jaringan Pemantau Pendidikan Indonesia (JPPI) menegaskan pihak sekolah tidak seharusnya menjual pakaian seragam kerana enggan membebankan ibu bapa.

Baca:

Kerajaan umum pemberian e-tunai RM100, hampir semua orang dapat

Netizen nampak baby bump isteri Beto Kusyairy, ramai ucap syukur tapi penjelasan pelakon ini buat ramai terharu

Dua remaja lelaki jadi pemuas nafsu, siapa sangka ini rupanya perincian aksi jelek PU Azman