Realtime website trackingweb stats

Maut besarkan payudara, doktor beri amaran boleh terima suntikan kolagen bukannya silikon

Oleh FATIN AQILAH

Ekoran satu lagi kes kematian akibat prosedur pembesaran payudara secara haram, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Forensik Thailand memberi amaran agar wanita di negara itu mengambil pengajaran.

Seorang doktor, lapor laman berita Thaiger, yakin pembedahan itu dibuat secara haram kerana nama doktor yang melakukan prosedur tersebut tiada dalam sistem Majlis Perubatan Thailand.

Dr Smith Fa Srisont berkata, mangsa boleh disuntik kolagen untuk membesarkan saiz payudaranya, namun wanita malang itu sebenarnya menerima suntikan silikon.

Selepas menerima suntikan, mangsa mengalami keletihan dan terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kesihatannya semakin merosot dan akhirnya mati.

Laporan bedah siasat mendapati bahawa wanita itu maut kerana silikon telah memasuki saluran darahnya yang menyebabkan saluran jantung dan otaknya tersumbat.

Menurut Smith, tindakan menyuntik silikon terus ke dalam payudara wanita adalah salah kerana doktor sepatutnya memasukkan beg silikon ke dalam payudara.

Insiden itu mendapat perhatian orang ramai dengan ada mendakwa bahawa ramai lagi wanita yang menjadi mangsa ‘doktor haram’ itu.

Baca:

Terkejut bunyi mercun dinyalakan jiran, bayi meninggal dunia secara tragis, maaf pun dah tak guna

Kastam kantoikan wanita seludup ular berbisa, lipan gergasi, cicak dalam coli dan pakaian dalam

Sekarang baru tahu beza fungsi antara aircond inverter dan bukan inverter, patutlah bil elektrik orang lain jimat