Mat Saleh minta sedekah di jalanan jadi kaya raya sebab ‘orang Malaysia baik’. Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok aairasoffya, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan dua orang lelaki ‘mat saleh’ meminta sedekah di setiap kenderaan di atas jalan raya. Pemilik akaun ini juga mengatakan mereka sudah sampai di negeri Sarawak, di mana orang ramai turut mengenali mereka berdua yang sering meminta wang di jalanan.
Video klip ini juga telah menarik perhatian ramai dan segelintir warganet turut mengenali mereka ketika kedua-dua ‘mat saleh’ ini berada di Semenanjung.
Netizen turut memberi komen mengenai video klip di Tiktok ini, mengatakan orang Malaysia terlalu baik untuk berkongsi rezeki pada ‘backpacker’ dan mudah berasa kasihan. Ada juga salah seorang netizen mengatakan pernah tumpangkan kenderaannya, daripada Miri hingga ke Bintulu, Sarawak.
Ramai juga yang mengenali mereka kerana bertembung di sesetengah tempat di kawasan tersebut, dan reaksi mereka juga membuatkan warganet berasa ragu dengannya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 39.8K penonton, 701 sukaan dan 110 komen.
Pemilik akaun ini juga menulius kapsyen seperti dibawah:
“Sampai Kuching dah, Orang Malaysia memang pemurah”