Kejadian baru-baru ini menjadi viral apabila seorang kanak-kanak lelaki mengazankan adiknya yang baru lahir, mencuri perhatian warganet.
Video ini dikongsi di TikTok dan dipercayai berlaku di Indonesia, menunjukkan kanak-kanak lelaki tersebut mengazankan adiknya sejurus selepas bayi itu dilahirkan.
Ibu kepada kanak-kanak tersebut bersalin tanpa suami di sisinya kerana lelaki tersebut sedang bekerja dan tiada ahli keluarga lelaki yang lain untuk membantu mengalunkan azan.
“Tiada lelaki lain selain anaknya yang satu ini, mengazankan bayi ibunya. MasyaAllah dengan suara yang amat merdu.”
Selain melantunkan azan untuk adiknya, kanak-kanak itu juga sangat bertanggungjawab kerana terlihat menolong keluarganya semasa proses menanam uri.
Apabila melihat ruangan komen, ramai warganet terharu dengan tindakan kanak-kanak tersebut dan memberi pujian kepada suara merdu beliau semasa melafazkan azan.
Pada masa yang sama, mereka juga menggambarkannya sebagai seorang anak yang baik dan mendoakan supaya dia menjadi insan yang bermanfaat.
“Kamu anak yang hebat, kamu pasti akan bahagia dunia akhirat.
MasyaAllah adik, aku menangis mendengar lantunan azan kamu. Jadi anak yang soleh ya.
MasyaAllah sumpah merinding, ibu bapa mu pasti bangga dengan kamu.
Sungguh indah lantunan azan, sampai hati ini bergetar. Membesarlah menjadi anak yang soleh agar ibu bapa bangga denganmu dunia dan akhirat.”
Baca:
Makkah semakin subur, hujan kerap turun, tanaman menghijau, apakah ini suatu petanda…
‘Beritahu kalau ada hotel sajikan khinzir’ – ‘Sempoi’ je reaksi Menteri Pelancongan
Patutla semalam ikan berkerumun naik ke darat, rupanya benar telahan, hari ini gempa datang