Realtime website trackingweb stats

‘Masukkan je air kelapa dalam botol spray’ ini fungsi air kelapa selain diminum

Oleh AHMAD ISMAIL

Pastinya ramai antara anda yang gemar minum air kelapa sebagai minuman penyegar,

Terutama sekali ketika musim panas dan lebih-lebih lagi bila dicampur dengan ais. Memang sangat menyegarkan!

Selain rasanya yang enak, air kelapa juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Ia dipercayai dapat menurunkan suhu badan jika anda demam.

Oleh itu, ketika anda demam, disarankan untuk meminum air kelapa bagi membantu meredakan demam.

'Masukkan je air kelapa dalam botol spray' ini fungsi air kelapa selain diminum

Namun, tahukah anda bahawa selain melegakan demam, air kelapa juga dipercayai dapat menyuburkan rambut? Bagaimana air kelapa boleh menyuburkan rambut kita?

Air kelapa dikatakan dapat mengurangkan rasa gatal dan mengurangkan kelemumur di kepala jika digunakan secara konsisten.

Mari ikuti cara menggunakan air kelapa untuk menyegarkan rambut anda, mengikut laman Merdeka:

Bahan:

1/2 gelas air kelapa

Cara penggunaan:

1. Picit kulit kepala yang telah dibasahkan dengan air kelapa dalam gerakan berputar selama 5 hingga 10 minit.

2. Sapukan air kelapa di seluruh rambut, dari pangkal hingga ke hujung rambut.

3. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air biasa.

Untuk hasil yang lebih baik, disarankan untuk melakukan urutan ini setiap minggu.

Anda juga boleh menambah 1 sudu makan perahan limau nipis, madu, atau cuka epal ke dalam air kelapa. Insya-Allah, ia akan lebih berkhasiat.

BACA: Rider p-hailing selamba makan makanan pelanggan raih perhatian netizen