Realtime website trackingweb stats

Masalah rambut gugur, kulit kepala gatal boleh selesai… tapi kena tambah satu bahan ini

Oleh ARIF ABDULLAH

Masalah seperti rambut gugur, kelemumur, atau kulit kepala yang gatal sering mengganggu kehidupan harian.

Walaupun terdapat banyak produk di pasaran, tidak semua sesuai dengan setiap individu.

Namun, ada satu petua tradisional yang dikongsikan oleh Shakila Rahim di Facebook,

Beliau menggunakan bahan dapur yang mudah didapati dan mesra kulit kepala.

Bahan yang diperlukan:

Masalah rambut gugur, kulit kepala gatal boleh selesai... tapi kena tambah satu bahan ini

Garam putih
Cara-cara:

Campur dengan syampu:

Tuangkan syampu ke atas telapak tangan mengikut keperluan.
Tambahkan beberapa cubit garam putih ke atas syampu.
Sebatikan dengan menggosok kedua-dua belah tangan.
Gunakan campuran ini untuk mencuci rambut seperti biasa.
Nota: Syampu yang dicampur garam akan kurang berbuih, jadi elakkan menambah syampu berulang kali.

Air garam sebelum syampu:

Sediakan air garam dan gunakan untuk membasuh rambut terlebih dahulu.
Kemudian, gunakan syampu seperti biasa.
Kedua-dua teknik ini memberikan hasil yang sama, jadi anda boleh memilih mana yang lebih sesuai.

Kelebihan Garam untuk Kulit Kepala:

Bersifat antibakteria: Membantu membunuh kuman dan menghapuskan kelemumur.

Menyegarkan rambut: Kulit kepala berasa lebih bersih dan segar.

Mengurangkan rambut gugur: Reaksi antara garam dan kulit kepala membantu menutup liang pori, sekali gus menguatkan akar rambut.

Cubalah petua mudah ini untuk rambut yang lebih sihat dan kulit kepala yang bebas masalah

BACA: Chicken Cottage Syarikat dari Terengganu, buka cawangan ke-67 di London