Penyanyi Shila Amzah memilih untuk tidak campur tangan dalam urusan perpindahan keluarganya daripada banglo miliknya di Hulu Langat, Selangor.
Pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah, 33, mengambil keputusan ini setelah tercetusnya perbalahan dan tuduh-menuduh di kalangan ahli keluarga berkenaan dengan rumah tersebut.
“Kali ini saya tidak akan terlibat dalam perpindahan mereka. Mereka telah membuat pilihan mereka sendiri.
“Saya memutuskan untuk tidak campur tangan kerana masalah ini telah menjadi terlalu besar.
“Jadi, saya memilih untuk hanya melihat dari jauh,” kata Shila ketika menjawab soalan pengikutnya dalam Instagram.
Dalam perkembangan terkini, keluarganya juga telah mencari kediaman baru tanpa memberitahunya.
Apabila ditanya mengenai niatnya untuk menjual rumah banglo miliknya, Shila menyatakan bahawa hasrat tersebut masih diteruskan dan hanya menunggu masa sehingga kediaman yang dulu memuatkan banyak kenangan pahit itu benar-benar dikosongkan.
“Sudah banyak yang berminat untuk membeli rumah itu. Namun, kita perlu menunggu sehingga rumah itu benar-benar kosong. Saat ini masih ada penghuni di dalamnya.
“Apabila rumah itu kosong, orang boleh datang untuk melihat. Tetapi menurut pengetahuan saya, mereka sudah tidak tinggal di sana lagi. Saya hanya belum pasti sama ada mereka telah berpindah secara rasmi atau tidak,” jelasnya.
Sebelum ini, pertikaian dalam keluarga Shila bermula apabila adik perempuannya, Syada, berkongsi perkara-perkara berkaitan sewa rumah, yang kemudiannya menimbulkan ancaman pengusiran dari kediaman mereka bersama ibu mereka.
Konflik semakin memuncak apabila Shila mendedahkan sebahagian daripada kisah hidupnya dalam sesi siaran langsung di Instagram, termasuk pengalamannya bekerja sejak kecil dan ketiadaannya memegang kad bank dan kad pengenalan sehingga mencapai usia 28 tahun.
Shila juga memaklumkan keputusan mengenai rumah miliknya serta sikap adik-adiknya, Syafiq dan Syada, yang kemudiannya melibatkan ibu mereka dalam isu tersebut.
Baca:
Bertunang dengan adik tapi kahwin dengan abang, guru tadika ini nasihat pentingnya solat istikharah
5 Fakta mengapa Tentera Israel Gerun Dengan Briged Al-Qassam