Realtime website trackingweb stats

Masak sambal dah tak merecik ke dinding bila buat 7 tips ini, dapur pun tak kotor

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Sambal memang sedap dimakan namun hanya tukang masak yang tahu betapa leceh untuk menyediakannya.

Apatah lagi ketika menumis sambal, habis terpercik ke dinding sehingga mengakibatkan dapur menjadi kotor.

Rupanya senang je nak elak sambal merecik di dinding, ikut 7 tips ini ‘confirm’ dapur tak kotor!

1. Kisar bahan-bahan dengan minyak. Langkah ini untuk mengurangkan kandungan air dalam tumisan.

2. Kecilkan api bagi mengurangkan tenaga kinetik molekul-molekul dalam masakan. In kerana semakin tinggi suhu, semakin tinggi tenaga kinetik pada molekul.

3. Pilih kuali kalis lekat (non-stick). Ini kerana selaput kalis lekat ini mengurangkan kadar pengaliran haba ke komponen masakan.

4. Menggunakan kuali yang lebih besar. Logiknya, saiz yang besar berupaya menampung luas permukaan percikan.

5. Jika komponen tumisan tetap mengandungi banyak air, maka tumis tanpa minyak dahulu bahan kisaran itu sehingga sebahagian air tersejat, kemudian baru masukkan minyak dan tumis seperti biasa.

6. Paling mudah, gunakan penutup periuk ketika percikan sudah mula kelihatan. Namun, disarankan menggunakan penutup periuk yang mempunyai lubang kecil bagi membebaskan wap air.

7. Menambahkan bahan berasid (Secukup rasa) seperti asam jawa, cuka atau asam keping. Langkah ini boleh mempercepatkan kadar air meruap daripada masakan sekali gus proses ‘pecah minyak’ cepat berlaku.

Kredit: WAN SITI AMINAH

Baca:

Awas! Malaysia negara ketiga paling banyak petir, ini 4 kes maut dipanah petir

Kad Pengenalan Rosak? Senang sahaja nak tukar, dah tak perlu beratur di kaunter JPN, cepat siap pulak tu

Kad Pengenalan Rosak? Senang sahaja nak tukar, dah tak perlu beratur di kaunter JPN, cepat siap pulak tu