Bagi sesetengah orang, penjagaan kereta tidaklah begitu rumit. Jika ada masalah, mereka akan terus ke bengkel untuk menyelesaikannya.
Namun, kadang-kala apabila tidak diberi perhatian, masalah kereta boleh berlaku secara senyap tanpa kita sedari.
Jadi, apa salahnya jika kita mengambil tahu sedikit sebanyak tentang keadaan kereta kita, bukan?
Kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips yang anda boleh amalkan untuk menjimatkan penggunaan minyak kereta anda.
Fungsi & Kepentingan Minyak Enjin
Sebelum itu, mari kita fahami terlebih dahulu mengenai minyak pelincir, atau lebih dikenali sebagai minyak hitam.
Minyak hitam berfungsi sebagai pelincir pergerakan, pembersih, dan penyejuk enjin. Selain itu, minyak hitam juga dapat menghalang kerosakan pada enjin anda.
Oleh itu, sangat penting untuk anda melakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan minyak hitam berfungsi dengan baik.
Jika diabaikan, ia boleh menyebabkan pengumpulan kekotoran dalam penapis minyak enjin.
Inilah sebabnya sesetengah kereta menghasilkan bunyi enjin yang kuat akibat geseran antara besi apabila minyak enjin berkurangan.
Jadi, apakah kaitan minyak enjin dengan penjimatan minyak petrol kereta?
Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut!
10 Tips Menjimatkan Minyak Kereta
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, pastinya ramai yang ingin menjimatkan penggunaan minyak kereta. Hal ini kerana minyak kereta bukanlah murah.
Oleh itu, anda boleh ikuti tips berikut:
1. Kelajuan Kenderaan
Walaupun sukar untuk diterima oleh sesetengah pemandu, salah satu cara untuk menjimatkan minyak adalah dengan memandu secara perlahan. Memandu lebih daripada 90 km/j akan meningkatkan penggunaan minyak secara ketara. Sebagai perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, kereta menggunakan minyak lebih 10% daripada biasa, pada 105 km/j ia meningkat kepada 15%, dan pada 110 km/j boleh naik sehingga 25%.
2. Periksa Tekanan Angin Tayar Anda
Tayar yang kurang angin akan menyebabkan kereta menjadi lebih berat. Kereta yang berat akan meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 5% disebabkan geseran tayar yang berlebihan.
3. Waktu Isi Minyak
Tahukah anda bahawa waktu mengisi minyak boleh mempengaruhi penjimatan minyak? Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas. Hal ini kerana pada waktu panas, minyak akan menghasilkan wap yang berlebihan, dan anda mungkin akan nampak wap petrol keluar daripada tangki minyak.
4. Isi Minyak Semasa Tangki Separuh Penuh
Semakin banyak minyak dalam tangki, semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap. Jadi, anda akan dapat lebih banyak petrol dalam tangki jika mengisi minyak ketika tangki separuh penuh.
5. Tutup Air-Cond
Kebanyakan orang hanya menutup air-cond apabila minyak tinggal sedikit dan mereka tidak menjumpai stesen minyak. Amalan ini sebenarnya berkesan untuk menjimatkan minyak kerana penggunaan minyak meningkat 10% apabila air-cond digunakan.
6. Brek dengan Betul
Jika anda sudah tahu di mana dan bila perlu berhenti, seperti di lampu isyarat atau apabila mendekati bonggol, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek secara mengejut.
7. Panaskan Enjin dengan Betul
Kadangkala, ada yang menekan pedal untuk memanaskan enjin, tetapi ini hanyalah satu pembaziran minyak. Cukup sekadar biarkan enjin anda berjalan selama 30 saat setelah dihidupkan sebelum mula memandu.
8. Minimumkan Penggunaan Kereta
Perjalanan jarak dekat boleh meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40%. Oleh itu, jika destinasi anda berdekatan, elakkan memandu jika ingin berjimat.
9. Kurangkan Berat Kereta
Jika ada barangan yang tidak diperlukan dalam kereta, keluarkan untuk mengurangkan berat kereta. Penambahan berat sebanyak 50 kg boleh meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%.
10. Penyelenggaraan Kereta Secara Berkala
Penggunaan minyak boleh meningkat sehingga lebih 50% jika enjin tidak dijaga dengan baik. Pastikan anda selalu memeriksa tahap palam pencucuh, tali kipas, dan penapis udara.
Jika anda tidak tahu cara melakukannya, hantar sahaja kereta ke bengkel yang bertauliah setiap bulan dan minta bantuan mekanik untuk melakukan pemeriksaan.
Baca Juga:Tak susah rupanya nak baca ‘body language’ seseorang, tengok cara dah tahu apa yang difikirkan