Realtime website trackingweb stats

Marah harga gula mahal tapi rupanya lelaki ini beli gula premium, memang padan kena kecam netizen

Oleh AHMAD ISMAIL

Mungkin baru pertama kali membeli barang di kedai, seorang lelaki nampak marah apabila gula yang dibelinya mencecah harga RM4.80 sekilogram.

Rungutan pengguna Facebook, Rozzainie Ishak itu akhirnya dilihat mengundang kecaman orang ramai kerana dianggap membeli gula premium.

“Kepala bapak aihhhh. Gula sekilo RM 4.80. Ini semua haram jadah sesedara,” katanya mengeluarkan kata-kata kesat berserta emoji marah.

Apa lagi, berduyunlah orang ramai mengata lelaki yang dipercayai pentaasub parti pembangkang itu.

Hal ini memandangkan, gula dengan harga biasa ada saja di pasaran tetapi hairannya penyokong pembangkang yang digelar walaun tidak pula mahu beli.

“Kau pergi ambil gula premium memanglah mahal. Bodoh tu simpan sikit. Kalau kau kaya bolehlah beli gula organik tebu RM4.90.

“Alahai, kesian walaun Pas. Kerja nak fitnah saja siang malam.

“Saya beli gula prai biasa dekat Speedmart Rm2.80 je,” demikian antara reaksi warganet.

Pada masa ini, gula putih bertapis (1kg) masih mengikut harga kawalan runcit semasa iaitu RM2.85 bagi gula kasar dan gula halus pula RM2.95 bagi setiap 1 kilogram (kg).

Baca:

Terpaksa mohon cop halal Indonesia, Malaysia rupanya belum ada lagi logo halal untuk makanan haiwan

Dituduh nikah tak sah dan berzina, ini komen Sabri Yunus

‘Melancong’ di airport saja hangus RM7,000, pengalaman wanita ini tidaklah seindah drama Korea