Kadang-kadang membezakan antara mitos dan fakta boleh menjadi mencabar.
Apatah lagi jika kita telah ‘mempercayai’ sesuatu mitos sepanjang hidup kita, sedangkan ia tidak benar.
Mitos-mitos ini sering kelihatan benar kerana sering didengar sejak kecil dari orang tua kita.
Terdapat mitos kesihatan popular yang anda mungkin percayai sepanjang ini.
Namun, Dr. Samhan berkongsi beberapa mitos kesihatan popular untuk menyelesaikan kekeliruan fakta yang anda mungkin percayai.
Makan nanas tidak menyebabkan keguguran dan boleh melancarkan haid.
Kicap mempunyai kandungan garam yang tinggi tetapi tidak menyebabkan parut menjadi hitam.
Mandi malam tidak menyebabkan paru-paru berair tetapi membantu tidur yang lebih nyenyak.
Ketam kaya dengan protein tetapi bukan rawatan untuk penyakit denggi.
Timun baik untuk hidrasi tubuh dan tidak menyebabkan masalah keputihan bagi wanita.
Telur adalah sumber protein yang baik tetapi mengambil telur tidak menyebabkan luka bernanah.
Dengan penjelasan daripada ‘doktor viral’ ini, ia dapat membantu merungkai kekeliruan anda berkaitan dengan kesihatan.
BACA: Kekal segar walau dah berbulan-bulan beli, nelayan kongsi cara simpan makanan laut