Realtime website trackingweb stats

‘Mama pun mahu awak gembira’ Datin Patimah nak Puteri Sarah kembali jadi menantu?

Oleh NUR KASIH

Ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof, iaitu Datin Patimah menitipkan pesanan kepada bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana.

Dalam satu komen di sebuah portal, Datin Patimah menyatakan doanya agar Puteri Sarah menemui kebahagiaan.

“Mama pun mahu Puteri Sarah gembira,” ujarnya ringkas.

Sebelum ini, bekas suami Puteri Sarah, Syamsul Yusof dilaporkan telah menceraikan isteri keduanya, Ira Kazar, minggu lalu.

Selepas perceraian itu, Syamsul dilihat kembali bertemu ibu bapanya,

'Mama pun mahu awak gembira' Datin Patimah nak Puteri Sarah kembali jadi menantu?

Datin Patimah dan Datuk Yusof Haslam, setelah lama tidak berjumpa akibat konflik dalam kehidupan peribadinya.

Pertemuan tersebut bukan sahaja dinantikan oleh peminat-peminat keluarga selebriti itu, malah turut mendapat pelbagai respon positif daripada netizen.

Hubungan baik antara Datin Patimah dan bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana, terus menjadi perhatian warga maya sejak konflik rumah tangga mereka menjadi tumpuan netizen sejak tahun lalu.

BACA: Wanita kecewa akaun bank tersekat selepas akaun bank masuk RM404 juta