“Mentaliti bodoh sombong, cepat puas hati, selesa, tidak boleh terima fakta dan sentiasa ada alasan yang akan jatuhkan standard liga kita.”
Menurut Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, yang merupakan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), padang bola sepak yang dimiliki oleh kebanyakan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M) masih ketinggalan zaman berbanding dengan pasukan dari negara-negara serantau.
Baginda, yang juga Pemangku Sultan Johor, mengatakan bahawa perkara ini dapat dilihat setiap kali terdapat perlawanan dalam cuaca hujan lebat.
Keaadan padang pasti akan bertakung disebabkan kebanyakan pasukan dalam Liga M masih menggunakan padang jenis Cow Grass.
“Bukan SNBJ (Stadium Nasional Bukit Jalil) sahaja, semua stadium dalam negara sama, padang berlopak apabila hujan. Yang tidak berlopak hanya SSI (Stadium Sultan Ibrahim) Johor. Itu adalah fakta. Cow Gross mempunyai tanah liat bercampur dengan tanah gambut.
“Itu membuat air susah nak resap. Kita juga satu-satunya negara south east asia (Asia Tenggara) yang masih sanjung rumput lembu/cowgrass,” katanya menerusi perkongsian di Instagram Story.
Persediaan kemudahan dan infrastruktur yang sedia ada untuk digunakan oleh pasukan Liga M masih kurang memuaskan.
“Fasiliti dan infrastruktur bola sepak (Malaysia) teruk. Mentaliti bodoh sombong, cepat puas hati, selesa, tidak boleh terima fakta dan sentiasa ada alasan yang akan jatuhkan standard liga kita.
“Thailand sudah atas kita. Indonesia atas kita dalam segi infrastruktur dan kalau mentaliti kita tidak berubah. Liga negara macam Vietnam, Filipina dan Cambodia (Kemboja) akan pintas kita dalam segi infrastruktur bola sepak yang memainkan peranan penting dalam melahirkan kualiti dan standard liga. ‘Good Luck’,” katanya.
Dalam perkongsian itu, pemilik pasukan JDT itu ada menyebut Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan ia seakan-akan memberi mesej yang jelas agar pihak berwajib untuk mengambil maklum dan bersedia untuk melakukan perubahan bersama-sama ke arah lebih baik.
Baca:
Terbeli makanan basi di bazar, pengadu buat aduan ke JKNJ
Patutlah penjawat awam tidak dapat bonus Aidilfitri, rupanya…
Tragis! Anak maut dari tingkat 16, ibu tak sempat capai sebelum jatuh