Realtime website trackingweb stats

Malaysia ikut jejak langkah Amerika turunkan kadar faedah? Ini jawapan pakar

Oleh AHMAD ISMAIL

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka tidak akan mengikuti langkah agresif Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS)

Mereta yang telah menurunkan kadar faedah sebanyak setengah mata pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) semalam.

Fed memutuskan untuk menurunkan Kadar Dana Fed (FFR) sebanyak 50 mata asas, menjadikannya 4.75 peratus – 5.00 peratus, berbanding 5.25 peratus – 5.50 peratus sebelum ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ekonomi Malaysia,

yang sangat terbuka kepada perdagangan antarabangsa dan aliran modal, amat sensitif kepada faktor luaran.

Malaysia ikut jejak langkah Amerika turunkan kadar faedah? Ini jawapan pakar

“Oleh itu, sebarang tindakan dasar oleh BNM akan bergantung kepada prospek pertumbuhan global dan bagaimana ia memberi impak kepada permintaan luar Malaysia.

“Berdasarkan keadaan ekonomi global semasa, BNM mungkin cenderung untuk melonggarkan dasar jika pertumbuhan global memberikan risiko ketara kepada ekonomi domestik,” katanya kepada Bernama.

Beliau menambah bahawa baru-baru ini, Bank Indonesia (BI) telah menurunkan kadar faedah penanda aras sebanyak 25 mata asas kepada 6.00 peratus.

Menurut nota penyelidikan Hong Leong Investment Bank, pihaknya menjangka BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus untuk baki tahun ini berikutan inflasi yang kekal sederhana dan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berikutan pemulihan pelbagai sektor akibat kesan asas yang rendah.

Namun, Mohd Afzanizam berkata jumlah eksport Malaysia kekal berdaya tahan, mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 12.3 peratus pada Julai berbanding 1.7 peratus pada Jun, didorong oleh prestasi baik dalam sektor utama seperti pertanian (32.8 peratus), pembuatan (10.6 peratus), dan perlombongan (10.2 peratus).

Beliau menyatakan bahawa eksport ke negara-negara utama seperti Amerika Syarikat (30.9 peratus), Kesatuan Eropah (14.2 peratus), dan Singapura (18.1 peratus) adalah kukuh walaupun penghantaran ke China merosot sebanyak 11.4 peratus.

“Oleh itu, kemungkinan pelonggaran dasar monetari di Malaysia kekal rendah. Selain itu, BNM terus berhati-hati mengenai risiko inflasi, terutamanya dengan kemungkinan rasionalisasi subsidi RON95,” katanya.

Menurutnya, OPR biasanya lebih tinggi daripada FFR AS, dengan purata perbezaan sebanyak 111 mata asas.

Mohd Afzanizam berpendapat bahawa BNM dijangka akan mengekalkan perbezaan ini, yang boleh memberi manfaat kepada ringgit dengan menjadikan aset dalam denominasi ringgit lebih menarik kepada pelabur asing.

“Dalam konteks ini, kami menjangka kadar pertukaran AS MYR akan mengakhiri tahun ini pada sekitar RM4.20 (unjuran sebelum ini: RM4.40),” katanya.

BACA: ‘Tak perlu jadi peguam, hanya perlu pakai otak’ Uyaina hanya beri kesedaran