Sebuah menara setinggi 145 tingkat dijangka akan dibina di Malaysia, melebihi ketinggian Menara Merdeka 118. Menara ini disebut-sebut akan menyerupai Tower M, yang mungkin akan dinaikkan berdekatan dengan Menara KLCC.
Setelah kejayaan Menara Merdeka 118, Malaysia dikatakan akan menerima bangunan tertinggi lagi dengan ketinggian sehingga 700 meter.
Menerusi perkongsian yang viral di aplikasi X, akaun @skycrapersMY memuat naik satu foto yang dilaporkan semasa persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh KLCC Holdings.
Bangunan yang ditunjukkan dalam slide pembentangan itu sama Tower M, yang merupakan sebuah pencakar langit setinggi 145 tingkat yang mungkin akan dibina berdekatan dengan Menara KLCC.
Gambar ilustrasi Tower M ini sebelumnya telah dipaparkan di laman web firma arkiteknya (tetapi kemudian dipadamkan setelah gambar itu tersebar luas)
Sehingga saat ini, tiada kenyataan rasmi terkini yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak termasuk dari pemaju.
Menurut akaun @skycrapersMY, cerucuk asasnya telah ditanam sejauh 150 meter ke dalam tanah di podium Lot M berhadapan MRT Persiaran KLCC, melebihi kedalaman cerucuk asas binaan menara Burj Khalifa.
Tapak asas Tower M terletak di podium Lot M berhadapan stesen MRT Persiaran KLCC.
Menurut akaun @skycrapersMY lagi, cerucuk asasnya telah ditanam sejauh 150 meter ke dalam tanah di podium Lot M berhadapan MRT Persiaran KLCC, lebih dalam daripada cerucuk asas binaan menara Burj Khalifa.
Pada tahun 2022, Malaysia merekodkan lebih daripada 1,000 bangunan pencakar langit.
Malaysia mencipta sejarah dengan memiliki bangunan pencakar langit kedua tertinggi di dunia, iaitu Merdeka 118 dengan ketinggian 679 meter, yang terletak di bekas Taman Merdeka.
Baca:
Kecoh kejatuhan ringgit menjunam tinggi ke paras RM6.24 sen, seberapa jauh kesahihan itu?
Norreen sudah berubah, jual baju seksinya kepada wanita bukan Islam sahaja