Realtime website trackingweb stats

Malam tidur awal tapi tetap mengantuk masa kerja, ini puncanya

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Rasanya seperti sudah mendapatkan tidur yang mencukupi, tetapi masih menguap sebanyak 40 kali di pejabat hingga ditegur bos.

Bukan hanya kerana baru makan tengah hari, malah terdapat beberapa sebab lain yang dikongsikan oleh pakar mengenai keadaan ini.

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda sering mengantuk di siang hari walaupun sudah tidur mencukupi

atau lebih pada waktu malam? Berikut adalah 5 sebab yang mungkin menjelaskan masalah ini:

APNEA TIDUR

Malam tidur awal tapi tetap mengantuk masa kerja, ini puncanya

Apnea tidur adalah keadaan di mana pernafasan anda terhenti seketika semasa sedang lena. Ia merupakan gangguan tidur yang disebabkan oleh saluran pernafasan tersumbat (obstructive sleep apnea).

Ketika anda sukar bernafas, otak akan menghantar isyarat untuk bangun dan bernafas semula, menyebabkan tidur terganggu kerana anda mungkin terbangun beberapa kali sepanjang malam.

KERAP MENGANTUK KERANA SLEEPWALKING

Pernahkah anda mengalami keadaan sleepwalking atau berjalan ketika tidur? Walaupun mungkin tidak berlaku kepada anda, ada individu yang menghadapi masalah ini, dan ia boleh mengganggu kualiti tidur mereka.

JAM BIOLOGI TERGANGGU

Jam biolog mengatur fungsi tubuh secara semula jadi. Apabila ia terganggu, ia boleh menyebabkan seseorang sering mengantuk. Individu yang bekerja syif tidak menentu, mereka yang kerap melancong ke zon waktu berbeza, atau mereka yang bekerja pada waktu malam sering mengalami gangguan jam biologi ini.

PENGAMBILAN ALKOHOL

Pengambilan alkohol boleh menyebabkan rasa mengantuk pada siang hari. Alkohol meningkatkan pengeluaran hormon epinefrin, iaitu hormon stres yang memberi kesan kepada degupan jantung dan rangsangan tubuh, menyebabkan kualiti tidur terganggu.

SINDROM KAKI RESAH (RESTLESS LEG SYNDROME)

Sindrom kaki resah menyebabkan anda tidak dapat mengawal pergerakan kaki ketika tidur, disebabkan oleh rasa tidak selesa pada kawasan kaki. Ini juga boleh mengganggu tidur malam anda.

Sebenarnya, terdapat beberapa lagi punca yang boleh menyebabkan rasa mengantuk berterusan, tetapi ini adalah antara yang paling biasa berlaku.

Jadi, jika anda sering tertanya-tanya mengapa mengantuk pada waktu siang seperti tiada hari esok, inilah jawapannya. Bila bos tanya, jangan beritahu anda sebenarnya main game sampai pukul 3 pagi ya!

BACA: ‘Harap dia datang pujuk bersungguh-sungguh’ Fazura dedah ada bukti kecurangan Fattah Amin