Sebulan selepas menimang cahaya mata, penyanyi rap MK memilih nama Aya Rayana untuk puteri sulungnya.
MK, atau Muhammad Hairi Amin, 28 tahun, memilih nama tersebut kerana maknanya yang indah dalam Islam.
“Aya bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, al-Quran, dan berasal dari bahasa Arab.
“Rayana pula bermaksud pintu Syurga,” ujarnya.
MK berkongsi berita tersebut melalui hantaran di Instagram miliknya pada malam Selasa.
Di ruangan komen, ramai netizen memuji pemilihan nama tersebut, malah ada juga yang tidak sabar untuk melihat wajah bayi MK.
“Cantik nama anak, semoga dia membesar dengan baik sesuai dengan namanya,” komen seorang netizen.
Pada 3 Ogos lalu, MK mengumumkan bahawa isterinya, Siti Hajar, selamat melahirkan anak sulung mereka di sebuah pusat perubatan.
Untuk makluman, MK dan Hajar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu.
BACA: 50 tahun tinggal di Istana, anak raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia