Realtime website trackingweb stats

Makan dan bergambar dalam lori, perbualan terakhir ini rupanya tanda ibu Esya pergi buat selamanya

Oleh AHMAD ISMAIL

Seorang remaja perempuan menceritakan bagaimana detik terakhir dia bersama ibunya termasuk bergambar dalam lori bapanya sebelum berlakunya nahas jalan raya.

Nur Elesya Elena Abdul Rahman Abdul Razak memberitahu bahawa ibunya, Siti Roshasnizan Idris, 41, menasihatkan supaya mendengar cakap ayah jika beliau sudah meninggal dunia.

“Ketika saya sedang makan dalam lori, ibu panggil untuk bergambar ketika abah tengah mengisi buah sawit dalam lori.

“Ibu pesan kepada saya jaga abah sekiranya ibu tiada dan jangan sesekali lawan cakap abah dan kakak,” katanya, lapor Kosmo, 2 November.

Malah, kata Nur Elesya yang dipanggil Esya, seminggu sebelum kemalangan maut itu, ibunya sering bercakap soal kematian dengannya.

Siti Roshasnizan maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan di Kilometer 200.4 arah utara dekat Parit Buntar membabitkan enam kenderaan kira-kira pukul 11.30 pagi, 2 November.

Mengimbas kembali nahas jalan raya itu, Esya yang berusia 14 tahun berkata, sebelum kejadian, treler ayahnya, Abdul Rahman Abd Razak, 45, telah siap mengisi buah di Bukit Bersatu di Kamunting.

Mereka bertiga kemudiannya terus bergerak masuk ke lebuh raya melalui pintu Plaza Tol Bukit Merah untuk menghala ke arah Temerloh di Trong.

“Ketika kejadian saya duduk di tengah antara kedua-dua ibu bapa saya.

“Ketika treler abah berlanggar dengan bas ekspres, ibu tersepit dan tingkap bahagian penumpang tidak boleh terbuka.

“Saya cuba untuk membantu ibu ketika dia meminta pertolongan dan berada dalam keadaan sangat sakit, tetapi apakan daya saya tidak mempunyai kekuatan untuk mengeluarkannya,” cerita Esya lagi.

Kemalangan melibatkan treler bermuatan sawit yang dinaiki tiga sekeluarga itu turut membabitkan lima kenderaan yang lain iaitu sebuah bas pesiaran, sebuah lori tangki dan tiga buah lori kotak (bonded).

Baca:

Kuasa Agong bakal hilang, lock down akan kembali?” – Ini penjelasan pakar tentang Perjanjian WHO CA+ dan IHR2005

Lain macam kafe ini, mungkin peniaganya introvert, ada yang sibuk cari lokasi ‘standby’ Ramadan

Pura-pura buta demi mengejar bahagia, jumlah ‘gaji’ mereka sungguh lumayan