Realtime website trackingweb stats

Mak-mak kalau dapat tips ini mesti happy, ini cara urus baju tak lipat

Oleh SHAZLIN AZIZ

Masalah kain baju yang bertimbun tidak akan pernah selesai tanpa tindakan yang diambil, terutama bagi anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai

. Oleh itu, tips mengurus kain baju yang dikongsi oleh seorang emak bernama Syikin Zahir ini pastinya dapat membantu para emak di luar sana.

Seperti yang dijanjikan, saya ingin kongsikan cara untuk mengurus baju anak-anak yang berjumlah empat orang.

Secara purata, setiap anak menyumbang minimum tiga pasang baju sehari

Baju tidur, baju sekolah, dan baju selepas balik sekolah. Jadi kita andaikan ada 12 pasang baju setiap hari.

Mak-mak kalau dapat tips ini mesti happy, ini cara urus baju tak lipat

Namun, jika ibu menangguhkan kerja melipat kain selama seminggu, pasti akan bertimbun.

Keadaan ini pastinya mengganggu mental dan emosi para ibu, bukan? Stres, mudah marah, dan penat melihat kain bertimbun — hanya ibu yang memahami situasi begini.

Langkah Pertama

Sediakan bakul untuk setiap anak.

Tulis nama pada bakul tersebut agar anak-anak tahu bakul siapa.

Elakkan membeli bakul yang terlalu besar; cari yang sederhana saiznya. Semakin besar bakul, semakin tinggi kecenderungan untuk menangguhkan melipat.

Sekiranya kita tidak sempat melipat, akan lebih mudah dan cepat untuk mencari baju anak-anak.

Percaya atau tidak, masa yang diambil untuk melipat setiap bakul tidak sampai 10 minit pun. Kenapa?

Secara psikologi, apabila baju dalam setiap bakul kelihatan sedikit, hati ibu terasa lebih tenang untuk melipat. Ini adalah permainan emosi.

Kelebihan:

Pantas kerana senang untuk mencari pasangan baju. Setelah dilipat, kita boleh menyimpannya secara teratur kerana kita melipat baju untuk orang yang sama. Ini semua menjimatkan MASA.

Sekiranya kita perlu meninggalkan kerja melipat, kita dapat melihat berapa banyak bakul yang belum dilipat. Daripada empat bakul, tinggal dua. Sekali lagi, ini berkaitan dengan psikologi… kita nampak jumlah baju yang perlu dilipat semakin berkurang.

Motivasi. Tinggal satu bakul je belum lipat? Pasti lebih bersemangat untuk melipat berbanding melihat satu bakul yang tinggi bertimbun. Ibu pun tidak stres melihat banyak baju yang perlu dilipat!

Langkah Terakhir

Cara menyusun baju dalam almari anak yang saya jumpa di Facebook juga sangat berguna. Dulu, saya susun baju secara bertindih. Sekarang, saya lebih pandai menyusun agar anak-anak mudah memilih baju sendiri.

Tidak ada lagi kes apabila ada baju yang ingin dipakai, tetapi tahu-tahu sudah tidak muat kerana lama sangat dalam almari di lapisan paling bawah.

Cara menyusun baju yang seragam:

Saya susun baju berlapis untuk tiga orang hero saya yang banyak baju seragam. Baju-baju yang seragam saya susun secara berlapis. Jika nak pakai seragam, hanya perlu tarik tanpa perlu membuka hingga tiga laci.

Itulah sahaja tips yang ingin saya kongsikan. Mengurus segala perkara seorang diri tanpa bantuan, dengan empat anak, bekerja dari pejabat, dan Shaklee 24 jam.

Emosi pun tidak terganggu. Kita menjadi ibu yang sistematik. Esok, pergilah beli bakul, hehehe. Jika tips ini sesuai, bolehlah dicuba.

Terima kasih kerana sudi membaca hingga habis. Ini adalah tips dari seorang emak kepada emak-emak lain.

BACA:Ramai selalu buat sampai jadi tabiat, ini dosa yang dilakukan tanpa sedar