Realtime website trackingweb stats

Majikan tawar gaji pembantu rumah RM32,000 sebulan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Kerja sebagai pembersih rumah sering kali dipandang sebelah mata dan dianggap tidak berprestij.

Namun, di Amerika Syarikat (AS), pekerjaan ini boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan, seperti yang dikongsikan dalam video di laman YouTube VOA Indonesia.

Kisah seorang wanita dari Ponorogo, Pulau Jawa, Indonesia, yang mesra disapa “Eva,” menjadi inspirasi.

Dengan hanya lulusan sekolah menengah, Eva telah berjaya mengubah kehidupannya melalui pekerjaan sebagai pembersih rumah di AS.

Eva telah bekerja sebagai pembersih rumah selama lebih 10 tahun dan mampu meraih pendapatan sehingga RM32,000 sebulan.

Majikan tawar gaji pembantu rumah RM32,000 sebulan

Dalam seminggu, Eva membersihkan 14 rumah pelanggannya dan boleh mendapatkan upah antara $1,650 (RM7,801.20) hingga $1,700 (RM8,037.60).

Eva bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hingga petang, membersihkan dapur, bilik-bilik, tandas, menyapu, dan mengemop lantai.

“Memang penat, dan badan pun sakit. Kadang-kadang, takda masa untuk makan dan terpaksa makan dalam kereta,” kata Eva.

Meskipun kerja ini melelahkan, Eva gembira kerana hasil kerjanya sepadan dengan usaha kerasnya.

Eva menyatakan bahawa dia boleh mendapatkan lebih kurang $6,800 (RM32,150.40) dalam sebulan.

Kisah Eva menunjukkan bahawa kerja keras dan dedikasi dalam pekerjaan apa pun boleh membawa hasil yang luar biasa, walaupun dalam bidang yang mungkin dianggap rendah oleh sesetengah orang.

Kisah Eva juga memberikan perspektif bahawa tiada pekerjaan yang hina selagi dilakukan dengan jujur dan dedikasi. I

ni juga mencerminkan peluang besar di AS, di mana walaupun pekerjaan yang nampak biasa boleh mendatangkan pendapatan yang tinggi jika dilakukan dengan baik dan berkesan.

baca: Risau santan kotak basi sebab tak habis guna? Guna 2 bahan ni confirm’ tahan lama