Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai terbongkarnya kumpulan ajaran sesat
Dari GISBH yang melibatkan isu agama dan jenayah seksual. Nampaknya, dalam dunia yang serba moden ini, masih wujud
kumpulan ajaran sesat yang disangka sudah hilang, kerana ramai yang tidak peka dengan ciri-ciri ajaran sesat yang ada.
Memang benar, ramai individu tiba-tiba muncul sebagai ‘ustaz’, ‘ustazah’, dan ‘ahli ulama’.
Namun, berhati-hati! Jangan terlalu taksub dengan setiap ajaran tanpa menyemaknya terlebih dahulu untuk mengelakkan terjerumus ke dalam ajaran sesat.
Empat Sifat Wajib bagi Nabi
Tahukah anda, terdapat empat sifat wajib bagi Nabi yang perlu kita ketahui:
-Sidik
-Amanah
-Fatonah
-Tabligh
Oleh itu, penting untuk kita memberi perhatian kepada empat perkara ini. J
ika mana-mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket, dan gerakan yang mengaku Islam mengabaikan empat perkara ini, maka mereka adalah sesat dan menyesatkan. Mari kita tafsirkan empat sifat ini dengan lebih mendalam.
1. Sidik
Sidik bermaksud kebenaran. Hati adalah raja kebenaran; kata Nabi, jika hati baik, semua perbuatan akan baik, dan jika hati jahat, semua perbuatan akan jahat.
Hati Nabi telah dicuci sejak kecil untuk dipenuhi dengan kebenaran.
Ketika Nabi berhijrah, tindakan pertama beliau adalah membina masjid, yang merupakan simbol Takwa.
Ini menunjukkan bahawa masjid adalah jantung hati umat Islam dan pusat kehidupan mereka. T
anda pertama kita berada di jalan yang benar adalah keterikatan hati kita kepada masjid, kerana masjid adalah hati agama.
2. Amanah
Amanah bermaksud bertanggungjawab. Dalam sejarah Islam, amanah yang paling besar adalah solat lima waktu, yang Nabi terima terus daripada Allah semasa Israk Mikraj.
Solat adalah ibadat utama dalam kehidupan umat Islam dan ibadat pertama yang akan dihisab di akhirat. Tanda kedua kita berada di jalan yang benar adalah menjaga solat setiap hari, kerana solat adalah tiang agama.
Ajaran yang tidak sesat memastikan solat berjemaah, bukannya solat yang diabaikan.
3. Fatonah
Fatonah bermaksud bijaksana. Nabi bersabda bahawa orang bijak sentiasa mengingat mati.
Bijaksana bermaksud melakukan amalan di dunia tanpa mengharapkan ganjaran dunia, hanya mengharapkan ganjaran di akhirat.
Tanda ketiga kita berada di jalan yang benar adalah tidak mengharapkan ganjaran dunia, tetapi hanya mengharapkan janji Allah di akhirat. Ajaran yang tidak sesat tidak meminta wang atau mengenakan bayaran untuk ibadat.
4. Tabligh
Tabligh bermaksud menyampaikan. Semua Nabi berdakwah dan mencari umat. Tanda keempat kita berada di jalan yang benar adalah melakukan kerja dakwah yang mirip dengan Nabi.
Dakwah yang sebenar melibatkan usaha ke pintu ke pintu, penuh kasih sayang dan hikmah, tanpa memburukkan sesiapa.
Cari Tok Guru yang Mengamalkan Sifat Nabi
Jadi, jika anda ingin mencari jalan yang benar, pastikan tok guru, ustaz, atau ulama pilihan anda memiliki empat sifat wajib Nabi:
1. Hati Agama: Pastikan pusat gerakan mereka di masjid, bukan di tempat-tempat yang tidak sesuai.
2. Tiang Agama: Pastikan mereka menjaga solat lima waktu dengan baik.
3. Ganjaran Agama: Pastikan mereka tidak meminta upah untuk ajaran yang disampaikan.
4. Tulang Belakang Agama: Pastikan mereka berdakwah dengan cara yang sesuai seperti Nabi.
Kesimpulan: Bagaimana Menapis Ajaran Sesat?
Cuba semak:
-Jika aktiviti mereka bukan di masjid (Tidak Sidik)
-Jika mereka mengabaikan solat berjemaah (Tidak Amanah)
-Jika mereka meminta upah (Tidak Fatonah)
-Jika mereka berdakwah sendiri (Tidak Tabligh)
Dengan memahami dan meneliti ciri-ciri ini, kita dapat melindungi diri dari terjebak dalam ajaran sesat.
BACA:Â Alami sekatan ekonomi, rupanya ini cara Korea Utara jana kewangan negara