Realtime website trackingweb stats

Macam lawak, tapi faktanya kutu beras suka duduk di dapur orang yang malas masak, ini cara halangnya

Oleh ADINDA

Kewujudan bubuk atau kutu beras bukan perkara asing, sering kita hadapi masalah ini. Terkadang kita heran, kutu beras muncul walaupun bungkusan beras belum dibuka.

Menurut seorang individu di platform Twitter, yang dikenali sebagai Naim, kutu beras atau rice weevil dikategorikan sebagai serangga dalam kumpulan Hama Produk Terkumpul.

Sumber makanan utama bagi serangga ini adalah biji gandum, tepung, dan beras.

Perkembangan kutu beras dalam beras yang baru dibeli sebenarnya berpunca daripada serangga ini yang meletakkan telur dalam biji beras itu sendiri.

Serangga ini menggunakan sebutir beras sebagai tempat untuk telurnya, dengan cara menembusi isi beras sehingga mencipta ruang kosong di dalamnya.

Apabila beras mencapai tahap kematangan, serangga ini akan keluar dari beras yang berfungsi sebagai tempat persembunyiannya.

Selepas itu, serangga akan terus hidup dengan memakan beras yang lain. Pada masa yang sama, ia akan terus meletakkan telur dalam biji beras yang baru.

Oleh itu, kekerapan memasak beras memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada serangga ini keluar atau tidak.

Individu yang jarang memasak beras mungkin akan menghadapi masalah ini, sementara mereka yang rajin memasak nasi akan menghalang serangga ini keluar kerana beras yang terdapat telur telah dimasak sekaligus menjadi nasi.

Walaupun mungkin terdapat rasa jijik jika telur kutu beras ini turut termakan bersama nasi, ia tidak mendatangkan masalah kesihatan yang serius.

Bagaimanapun, beras yang mengandungi kutu beras ini cenderung menjadi rosak lebih cepat, dan apabila dimasak, nasi tersebut mungkin tidak dapat bertahan lama dan cepat menjadi basi kerana telah tercemar.

Jadi, walaupun situasi ini mungin lawak, ia turut membawa kesedaran tentang kepentingan penyimpanan beras yang betul dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan perkara seumpama ini berlaku.

Berikut adalah cara mudah dan berkesan untuk menghalau kutu beras:

1. Jemur Panas

Serangga ni dia sangat sensitif dengan suhu.

Paling mudah jemur je tengah panas bawah matahari dlm 15-20 minit. Nanti kutu tu keluar sendiri dari beras. Pasti kan beras tu kita tebar atas talam ya, mudah skit dia nak lari.

2. Letak Daun Bay Leaves

Daun bay leaves boleh jadi repellent pada kutu beras sebab bau yg dihasilkan.

3. Lada Hitam

Biji lada hitam is highly toxic pada serangga ni. Tabur je sikit dalam bekas beras tu.

4. Vacuum Pack

Simpan beras dlm vacuum pack boleh mengelakkn dari telur kutu beras menetas.

5. Guna Cili Kering

Letakkan cili kering ke dalam bekas penyimpanan beras. Cili kering mempunyai bau yang kuat dan bersifat pedas. Kutu beras tidak menyukai cili kering, dan cili ini dapat menghapuskan serta menghalau kutu beras.

6. Letak Bawang Putih

Kutu beras tidak menyukai bau-bauan, jadi boleh dihalau dengan menggunakan bawang putih. Bawang putih memiliki aroma yang sangat kuat, sehingga dapat efektif mengusir kutu beras.

7. Guna Daun Pudina

Keringkan dahulu daun pudina, kemudian tumbuk menjadi serbuk dan masukkan ke dalam bekas. Boleh juga campurkan dengan beras.

8. Daun Limau Purut

Letakkan daun limau purut di antara butiran beras. Tidak hanya memberikan aroma harum pada beras, tetapi juga berfungsi sebagai penghalau kutu beras, mencegah mereka daripada menetap dalam bekas penyimpanan beras.

9. Simpan bersama Kulit Kayu Manis

Letakkan kulit kayu manis ke dalam bekas beras. Aroma daripada kulit kayu manis tidak hanya dapat menyegarkan beras di dalam bekas tersebut, tetapi juga berfungsi sebagai pengusir yang efektif untuk mengelakkan kedatangan kutu ke dalam bekas penyimpanan beras tersebut.

10. Simpan Beras dalam freezer

Cara ini jarang orang buat, tetapi tetap berkesan sebab kutu beras sensitif juga dengan suhu sejuk. Jadi dia tak boleh nak hidup lah.

Jangan ragu untuk mencuba petua-petua tersebut dan semoga anda berjaya menyingkirkan masalah bubuk beras dari stok beras anda. Selamat mencuba!

Baca:

‘Ramai ada kenangan di sini’ – Pawagam GSC Berjaya Times Square umum tutup selepas 18 tahun beroperasi

Guna kaedah semula jadi pun boleh, ini 5 cara halau semut dari rumah

Siapa kenal Siti Mariah, suruh dia balik, ibunya dah 8 tahun menanggung rindu