Realtime website trackingweb stats

Litar Horizon Beranang dah nak siap, buat kerja tak banyak sembang tak macam MB Kedah

Oleh AHMAD ISMAIL

Diam-diam ubi berisi, diam-diam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dah nak siap Litar Horizon Beranang.

Berbeza dengan Menteri Besar Kedah dari Pas yang sembang berdegar-degar.

Perjanjian dan pelancaran Litar Lumba Sungai Petani telah pun dimeterai pada Ogos 2022 tetapi sehingga kini tidak tahu apa dah jadi.

Litar Horizon Beranang dah nak siap buat kerja tak banyak sembang tak macam MB Kedah 01

Dua tahun lalu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, pelan asal yang dirancang oleh kerajaan negeri adalah Litar Lumba Rakyat tetapi sembangnya telah “dinaiktaraf” kepada Litar Lumba Antarabangsa.

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani, kata Sanusi lagi, bakal dibangunkan di tanah milik Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) di kawasan seluas 60 hektar.

Pada ketika itu, Sanusi memberitahu bahawa litar bernilai RM75 juta tersebut “bakal dibina dalam tempoh terdekat”.

Kembali kepada Litar Horizon Beranang, ini 6 fakta perlu anda termasuk rakyat di Kedah pun kena tahu:

1. Litar sepanjang 1 km ini bakal dibuka secara rasmi kepada orang awam tidak lama lagi.

2. Operasi litar lumba ini bakal menjadi fenomena baharu dalam dunia perlumbaan di Lembah Klang.

3. Diilhamkan oleh tenaga kerja Horizon Motorsports, litar ini direalisasikan di atas tanah berkeluasan 6 ekar dengan bantuan Majlis Perbandaran Kajang.

4. Perancangan awal pembinaan litar di Hulu Langat itu berjalan pada 2022 dan kerja-kerja pembinaan bermula Julai 2023.

5. Belum cecah setahun, Litar Horizon Beranang sepanjang satu kilometer itu siap dilengkapi pit, ruang penonton, kawasan pakir kenderaan dan kafe.

6. Berbeza dari litar-litar kecil yang lain, istimewanya litar ini adalah dari segi susun atur litar. Terdapat 12 pilihan susunan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan latihan serta jentera milik pelumba.

Namun, menurut laporan Kosmo pada 1 November tahun lalu, seorang peminat sukan permotoran kecewa apabila projek litar lumba di Ambangan Heights, Bandar Aman Jaya yang dibina pada 2017, didakwa terbengkalai.

Tinjauan Kosmo di situ mendapati, tapak litar seluas 40 hektar itu ditumbuhi semak samun de­ngan laluan masuk dijadikan tempat pembuangan sampah haram.

Bagaimanapun, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah 1 Disember tahun lalu, Sanusi mendakwa projek litar lumba Sungai Petani bukanlah usaha beliau, sebaliknya ia berlaku ketika era Barisan Nasional (BN) pada 2014.

”Litar lumba ini projek 2014, bukan projek Sanusi pun.. tapi depa ‘associate’ dengan saya sekarang..

”Projek 2014 diumumkan BN dalam manifesto Pilihan Raya 2013,” katanya.

‘Ini fitnah jahat kepada MB Sanusi’

Tular di media sosial poster ‘nakal’ tertera gambar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk program ‘Majlis Perasmian Litar Rakyat’.

Menteri Besar Kedah itu diuar-uarkan akan ‘merasmikan’ Litar Horizon Beranang yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

“Tahniah NuC, akhirnya berjaya juga NuC tunaikan Greater Kedah di Negeri Selangor,” usik seorang pengguna TikTok.

—-

MB Kedah bising pung-pang, tapi Selangor yang siap

Oleh AKMAL MANAF

”Woiii orang Kedah.. Hangpa tak malu ka?.. pong-pang MB (Menteri Besar) hangpa dok muhong rakyat konon nak buat litar lumba kat SP (Sungai Petani).

Itu adalah reaksi seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Desa HM selepas Selangor sudah memiliki satu lagi litar lumba yang terletak di Beranang, Hulu Langat.

Menggunakan dialek utara, lelaki itu menyifatkan kawasan litar berkenaan sesuai untuk ‘lembu’ berlumba di situ.

”Dari 2017 lagi dok gebang bunyi mcm guruh musim tengkujuh.. sampai ke la ni… litar hangpa sesuai dengan geng lembu Bukit Choraih jer yang berlumba kat situ..

”Berbeza dengan MB kami, Selangoq.. tak heboh, takdak dalam TikTok pun.. tau-tau siap.. Macam itu MB yang ada ‘class’.

”Nasib pak aji org Selangoq… tak la malu sangat… cehhhh….,” sindir lelaki itu.

@tun_armand♬ original sound – Rie Rie

Baca:

Senarai pilih langsir yang wajib anda tahu & elak rugi!

Akhirnya pemilik bagasi berisi RM500,000 muncul, tapi masalah lain pula timbul

Selepas merayu pekerjaan, bapa 11 anak ini sekarang dah jadi model baju Melayu dan promosi jenama daging kambing perap