Platform jaringan pencarian kerja, LinkedIn sudah mengenal pasti tiga kemahiran yang paling pesat dikehendaki oleh sektor pekerjaan di negara ini.
Tiga kemahiran yang dicerap hasil kajiselidik dijalankan LinkedIn itu ialah pengkomputeran awan, analisis data dan pembangunan laman web.
Mengikut data dalam LinkedIn, sebanyak 40 peratus pihak yang bertanggungjawab mengambil pekerja menggunakan data seperti kemahiran untuk mengisi kekosongan pekerjaan.
Ketua Sektor Awam dan Pengajian Tinggi LinkedIn, Nur Mastura Mansor berkata, kemahiran diibaratkan sebagai ‘matawang’ baharu yang diperlukan pada masa hadapan dalam dunia pekerjaan.
“Itu sebabnya sejak 2015 lagi, kemahiran diperlukan untuk banyak pekerjaan,” katanya, lapor BH.
Menurutnya, pada masa kini, seseorang perlu menguasai pelbagai kemahiran lagi-lagi berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI).
Beliau juga berkata, cepat beradaptasi dengan teknologi seiring peredaran masa juga adalah ‘nilai tambah’ yang perlu seseorang kuasai.
Selain bergantung pada pencapaian ataupun prestasi akademik, beliau berkata ia perlu diseiringkan dengan pembangunan kemahiran lain yang diperlukan pasaran sekarang dan masa depan secara sukarela.
Jelasnya, seseorang itu juga perlu meneroka sendiri kemahiran lain secara kendiri meskipun sudah memperoleh kemahiran tertentu melalui latihan industri.
“Di Malaysia, kita ada sistem pengajian yang unik. Sijil adalah penting tetapi kita juga kena tagih kemahiran secara sukarela selain diperoleh dari latihan industri. Dalam masa sama, kita kena meneroka sendiri kemahiran lain yang diperlukan.
“Ini kerana, dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, tidak lagi ada jawatan yang wujud sekarang,” ujarnya.
Sehubungan itu, kata beliau, pekerja dalam kalangan golongan muda, belia perlu peluang untuk belajar kemahiran baharu berdasarkan keperluan situasi sekarang serta akan datang.
Baca:
MYAirline dah gantung operasi, ramai pelanggan terkejut, ini cara elak duit tempahan lesap
Kesian Khairul Aming, sebaik-baik dia pun kena cop scammer, jahat betul orang yang buat tu
Guru sekolah agama kantoi bagi pinjam duit, minta habuan seks sebagai balasan