Bagi yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta dan pada masa yang sama menekankan ciri penjimatan minyak, senarai ini boleh digunakan.
Dikongsi oleh Hasbullah Syarah, seorang pensyarah kanan di sebuah Universiti Awam
Beliau menyenaraikan 5 kereta yang ada di pasaran Malaysia.
Beliau yang pakar dalam bidang kejuruteraan Mekanikal ini turut menjelaskan penggunaan minyak
untuk 100km bagi setiap kereta sebagai perbandingan.
5. Toyata Yaris
Kereta jimat minyak yang berada di tempat kelima dalam senarai beliau adalah Toyota Yaris. Penggunaan minyaknya adalah 6 liter bagi 100km. Jika travel dari Kuala Lumpur (KL) ke Melaka, ia akan menggunakankan minyak 6L saja.
Dengan harga Ron 95 sekarang RM2.05, kos yang minyak yang digunakan untuk sampai ke Melaka adalah RM1..30 saja. Tapi kos ini akan bertambah sedikit kerana faktor-faktor lain seperti seperti bebanan, trafik jem dan lain- lain.
Akan makan 6 liter saja, kalau harga ron 95 sekarang RM2.05 jumlah yang digunakan untuk sampai ke Melaka adalah RM12.3.
Tambah sikit sebab faktor lain kereta ini boleh guna daily untuk buat kereta keluarga.
4. Perodua Bezza
Kereta yang menduduki tempat ke-4 paling jimat minyak di Malaysia adalah Peroda Bezza. Dengan boot yang luas ia sesuai untuk dijadikan kereta keluarga juga. Pilian 1.3 pun dah mencukupi.
Bagi penggunaan minyak pula bagi Bezza 1.3 L hanya menggunakan 4.5 L untuk setiap 100km. Bagi perjalanan KL ke Melaka, kita cuma bayar lebih kurang RM9 sahaja.
Kalau pergi balik cuma RM18 dan beliau sendiri pernah menggunakan kereta Bezza dan ia memang sangat jimat. Kereta ini ringan, tayarnya kecil ia salah satu menjadikan ia jimat dari segi minyak. Tapi kelebihannya ruang dalam dan bootnya besar sesuai untuk kereta keluarga.
3. Perodua Axia
Di tempat ketiga kereta yang paling jimat minyak adalah Perodua Axia. Perodua mengatakan penggunaan minyak untuk kereta ini adalah 4.2L untuk setiap 100km. Jadi dari KL Melaka, kos minyak dalam RM17.
Cuma kereta ini agak kecil, pun begitu ia masih boleh memuatkan 4 orang. Satu lagi tempat meletak barang juga ajak terhad, bagi yang masih bujang atau keluarga dengan anak dua ia masih sesuai.
Kereta ini sangat menjimatkan untuk anda yang duduk di bandar dan selalu berulang alik. Ramai yang jadikannya sebagai kenderaan kedua. Harganya pun masih rendah.
2. Honda City RS
Di tempat kedua untuk kereta jimat minyak adalah Honda City RS. Kereta ini agak besar macam Toyota Yaris tapi bezanya lagi jimat minyak. Sebabnya ia adalah jenis hybrid dan gearbox guna CVT memang jimat minyak.
Penggunaan minyaknya adalah 3.6 L untuk 100km. Bagi perjalanan dari KL Melaka ia cuma memerlukan kos RM14. Tapi dengan teknologi hybrid ia memang tak mustahil. Cuma masalahnya, harganya akan mahal lebih kurang RM108k.
1. Kereta Proton Savvy
Pakar Kongsi 5 Kereta Paling Jimat Minyak Di Malaysia
Di tempat pertama kereta paling jimat minyak di Malaysia adalah Proton Savvy. Penggunaan minyaknya adalah 4L untuk 100km. Ia diletak di atas Honda City RsS kerana ia menggunakan enjin biasa.
Travel KL – Melaka penggunaan minyak hanya RM16 saja. Kereta ini juga memang masuk dalam senarai Malaysian Book Of World Record sebagai kereta paling jimat minyak.
Walaupun sudaah 15 tahun, kereta ini pun boleh compete dengan kereta zaman sekarang cuma dari segi enjin agak lama. Kereta baru tak boleh dapat penggunaan minyak sebegini.
BACa: Kelakar bercampur kecewa apabila staf makanan Jepun tegur pasangan ‘vlogger’ disebabkan perkara ini