Realtime website trackingweb stats

Letih menjawab isu hamilkan anak orang, Ismail Izzani serah pada perundangan

Oleh ADINDA

Baru nak naik dalam industri hiburan, sudah pelbagai tomahan diterima Ismail Izzani. Betullah bukan mudah nak berkecimpung dalam industri hiburan ini.

Jiwa tak kuat dan kental memang mental boleh koyak bro.

Syarikat pengurusan Ismail Izzani iaitu World Peace Entertainment Sdn Bhd menafikan penyanyi sensasi itu terbabit dengan dakwaan menghamilkan seorang gadis seperti tular dalam aplikasi TikTok, baru-baru ini.

World Peace Entertainment dalam satu kenyataan menyebut, Ismail tidak mempunyai kaitan dengan isu berkenaan, selain menegaskan, tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang melemparkan fitnah terhadapnya.

Letih menjawab isu hamilkan anak orang, Ismail Izzani serah pada perundangan

“Nama Ismail dikaitkan tanpa bukti yang munasabah.

“Kami memandang serius perkara ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terus mengaitkan namanya dengan hantaran itu.

“Kami berharap isu atau fitnah ini dihentikan serta merta dan semoga pemilik akaun TikTok itu menemui jalan penyelesaian sekiranya teraniaya seperti didakwa,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, pemilik akaun TikTok menafikan Ismail adalah individu dimaksudkan menerusi ruangan komen, sebelum mengambil keputusan memadam akaunnya.

Justeru, World Peace Entertainment berharap tiada isu seperti itu dibangkitkan oleh orang ramai.

“Selepas meneliti ruangan komen, pemilik akaun TikTok itu sudah mengeluarkan kenyataan Ismail bukanlah artis yang dimaksudkan seperti tuduhan netizen.

“Dengan komen dikeluarkan oleh pemilik akaun TikTok, kami berharap agar tiada lagi tuduhan dan spekulasi membabitkan Ismail,” kata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, dilaporkan ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam turut menafikan anaknya menjalin hubungan terlarang sehingga menyebabkan seorang wanita hamil.