Realtime website trackingweb stats

‘Letak roti atas meja macam tu je?’ – 6 teguran ini muncul selepas Cupcake Aisyah masak

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pempengaruh Cupcake Aisyah yang kini ‘trending’ di Twitter rupanya ada berkongsikan video di YouTube buat burger daging sendiri yang dipanggilnya sebagai ‘McMing’.

Mengikut resepi daripada pemilik produk Sambal Nyet, Khairul Aming, Aisyah dilihat bersungguh-sungguh menyiapkan burger ala Prosperity Burger McDonald’s.

Rakaman video Aisyah di dapur ketika menghasilkan ‘McMing’ yang dimuat naik di saluran YouTube beliau sudah pun mencecah lebih 82,000 tontonan.

'Letak roti atas meja macam tu je?' - 6 teguran ini muncul selepas Cupcake Aisyah masak

Menerusi video tersebut, Aisyah, 23, yang pernah meraih jualan sebanyak RM25,000 sebulan pada umur 15 tahun itu memasak sambil ditemani rakannya, Nana.

Rata-rata warga maya memberi komen yang positif terhadap usaha Nur Aisyah Mohd Razip menyediakan hidangan ‘McMing’ itu.

Dalam masa sama, ada juga dalam reaksi mereka menegur mesra berserta emoji senyum dan terhibur terhadap Aisyah yang kini heboh didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasih kawan baiknya sendiri, Leona.

Ini 6 teguran juga dalam masa sama tips asas ketika di dapur yang juga sebenarnya relevan untuk dipelajari sama golongan gadis Generasi Z:

Selepas ini kalau masak daging tak perlu minyak pun tak apa sebab daging itu sendiri akan mengeluarkan minyak.

Cukup hanya letak butter dalam satu sudu kecil, daging burger tu jangan digoreng.

‘Curly fries’ tu kalau nak lebih rangup kena ‘deep fried’. Letak dalam ‘strainer’ dulu sebelum hidang atas pinggan supaya tidak berminyak.

Sebelum letak makanan bergoreng atas pinggan, elok letak tisu dulu supaya lebihan minyak tu boleh diserap.

Jangan letak roti atas meja macam tu je!

'Letak roti atas meja macam tu je?' - 6 teguran ini muncul selepas Cupcake Aisyah masak

Aishah ada sebut “i never tried prosperity before” tetapi dalam videonya sebelum ini dia pernah je makan dan buat video masa buat “buy everything from Mcd”.

Baca:

‘Dahlah cantik boleh mengaji lagi’ – Ramai puji bakal isteri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah

Bahana langgar lintasan air, pemandu Perodua Myvi nyaris hanyut dalam arus deras

‘Ye ke pekak atau orang kurang otak?’ – Takkan tak tengok cermin belakang sekali-sekala